Sunday, August 17, 2008

Undi pos masih lagi relevan

Pengundian pos masih relevan dan terus diguna pakai dalam pilihan raya akan datang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz di Dewan Rakyat pada hari ini.

Individu yang bertugas di luar negara, petugas pilihan raya, anggota tentera, Pasukan Gerakan Am (PGA), polis dan pasangan-pasangan individu tersebut serta pelajar dan pasangan mereka yang sedang menuntut sepenuh masa di luar negara dibenarkan membuat pengundian pos. Ia boleh memudaratkan sistem keselamatan dan ketenteraman awam yang merupakan tanggungjawab pasukan keselamatan negara dan menghalang hak asasi kakitangan serta pelajar di luar negara sekiranya dihapuskan.

Sungguhpun demikian, mungkin kaedahnya boleh dimantapkan lagi tetapi untuk dihapuskan tidak boleh kerana ini merupakan hak asasi setiap rakyat untuk mengundi pada pilihan raya.

No comments: