Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)telah menetapkan tarikh penamaan calon ialah pada 16 Ogos 2008 dan hari pengundian 26 Ogos 2008, itu pun jika ada pertandingan. Tapi, macam mustahil pula tiada pertandingan. UMNO adalah parti dulu, kini dan selamanya tidak pernah mengaku kalah walau pun ramai yang tidak berapa yakin akan kemampuan serta siapa calon yang benar-benar layak. Jika ditinjau sejarah, perjuangan UMNO dalam meniti jalan-jalan ke arah kemerdekaan serta pengwujudan Dasar Ekonomi Baru jelas dilihat betapa ikhlasnya pemimpin yang terdahulu.
Jadi, untuk pemimpin hari ini dan akan datang, kepercayaan rakyat janganlah dipersiakan khususnya bagi membela individu-individu tertentu yang begitu mengharapkan kebajikan mereka terjaga. Janganlah perjuangan membela nasib orang Melayu hanya tinggal sekadar 'cakap-cakap kosong' dan lebih kepada suara kepentingan peribadi sahaja.
Undi yang diberi kepada pemimpin yang dipilih sudah pasti bakal memberi impak besar untuk kehidupan majoriti penduduk kawasan tersebut bagi tempoh sepenggal lagi.
Wednesday, August 6, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment