Monday, August 18, 2008

Tahniah Skuad Olimpik

Sekalung tahniah diucapkan kepada Skuad Olimpik Malaysia yang berjaya juga membawa pulang sebutir pingat untuk negara. Tidak ada yang kurang jika dibanding persiapan yang dilakukan oleh atlit negara lain. Apa yang dikesalkan ialah semangat sesetengah rakyat Malaysia yang mempertikaikan hasrat Kerajaan memberi RM1 juta kepada atlit yang berjaya memenangi pingat emas.

Setakat ni, bukan dapat pun ! Itu pun menjadi pertikaian antara pihak tertentu yang sebenarnya mengambil kesempatan di atas hasrat murni Kerajaan itu. Sudah lebih 50 tahun Malaysia merdeka, tapi tak tahu bila rasanya akan dapat. Janganlah dimatikan semangat atlit dan rakyat Malaysia yang lainnya yang begitu menantikan kehadiran pingat emas Sukan Olimpik di bumi Malaysia.

Ketahanan mental terutama berupaya menyerap segala tekanan menjadi aset yang paling penting bagi seorang juara. Persiapan ini perlu sentiasa dipraktikkan dan bukannya hanya menunggu kejohanan penting di peringkat dunia sahaja, yang lebih utama ialah motivasi serta penilaian prestasi yang berterusan.

No comments: