Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan sedang mengkaji cadangan untuk meminda Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) 1999 bagi membolehkan ia berfungsi tanpa terikat dengan mana-mana panduan.
Perdana Menteri berkata, cadangan itu telah dibuat oleh Suhakam ketika mesyuarat khas pada 23 Julai lalu yang turut dihadiri wakil Kementerian Luar, Jabatan Peguam Negara dan Bahagian Hal Ehwal Undang- Undang Jabatan Perdana Menteri.
''Mesyuarat ini bertujuan meneliti cadangan untuk membolehkan Suhakam terus diberikan status A oleh Jawatankuasa Penyelaras Antarabangsa untuk Institusi Nasional bagi Mempromosi dan Memelihara Hak Asasi Manusia (ICC).
''Bagaimanapun, pindaan pada akta sedia ada dan beberapa keputusan dasar yang akan memberi kebebasan kepada Suhakam masih dalam peringkat kajian dan penelitian," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Lip Eng (DAP- Segambut).
Sumber : Parlimen dan Utusan
Wednesday, August 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment