Sebanyak 41,813 siswazah Melayu menganggur pada tahun ini sehingga Jun lalu berbanding hanya 1,403 orang di kalangan siswazah kaum Cina dan 1,569 kaum India.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad berkata, perangkaan itu adalah berdasarkan rekod siswazah yang mendaftar dengan Bursa Buruh Elektronik (ELX) untuk mencari pekerjaan.
''Bagaimanapun maklumat ini bukan merupakan jumlah keseluruhan lepasan universiti yang menganggur di negara ini kerana siswazah kaum Cina dan India lebih banyak mendaftar dengan agensi pekerjaan swasta," katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini.
Beliau menjawab soalan William Leong Jee Keen (PKR-Selayang) yang ingin tahu jumlah terkini siswazah menganggur mengikut bangsa dari 2004 hingga 2008.
Sumber : Parlimen dan Utusan
Wednesday, August 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment