Wednesday, February 25, 2009

Pengurusan Sumber Manusia Yang Efisien

Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB Datuk Noraini Ahmad menyatakan bahawa Kementerian beliau telah mengambil beberapa langkah bagi meminimumkan tahap pengangguran dan juga memastikan nasib pekerja tempatan di negara ini terpelihara dalam suasana krisis ekonomi pada masa ini.Antara langkah yang dibuat ialah membekukan pengambilan pekerja asing bagi sektor pembuatan, terutama dalam industri elektrik dan elektronik, tekstil, pakaian dan perkhidmatan.

Menurut YB lagi, langkah lain yang diambil juga ialah menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan Pemberhentian Kerja pada peringkat kebangsaan dan negeri serta mewujudkan 80 Bilik Operasi Pemberhentian Kerja di seluruh negara. Bilik operasi ini akan berperanan memantau laporan pemberhentian pekerja dan membantu pekerja yang diberhentikan untuk mendapat pekerjaan baru.

Ia juga bertanggungjawab untuk memantau secara proaktif akan kekosongan jawatan dalam sektor awam dan swasta dan seterusnya menguruskan penempatan pekerja dengan kerjasama pihak majikan. Tambah beliau lagi, kementerian juga telah melaksanakan program latihan semula dan penempatan ke jawatan baru bagi pekerja yang diberhentikan dengan peruntukan kerajaan sebanyak RM100 juta. Langkah-langkah yang dilaksanakan jelas menunjukkan betapa prihatinnya Kerajaan yang ada pada ketika ini.

Ahli Parlimen DAP Gesa Kerajaan

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, YB Chong Eng menggesa Kerajaan menggunakan pelbagai bahasa termasuk Mandarin dalam urusan pentadbiran agensi kerajaan. Ini adalah satu perkara yang jelas akan menghancurkan kedaulatan bahasa Malaysia.Beliau berkata lagi bahawa ini adalah sejajar dengan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara majmuk yang mempunyai pelbagai bangsa dan sebab itu pelbagai bahasa harus dibenarkan.

YB Chong Eng yang juga Pengerusi Wanita DAP Kebangsaan juga mencadangkan kepada Kerajaan supaya subjek Bahasa Mandarin diajar di sekolah kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil memandangkan kepentingan bahasa tersebut sekarang. Kita bukan hendak menolak pentingnya bahasa yang tersebut, tetapi itu harus dilihat sebagai bahasa ilmu sahaja dan sama sekali tidak mengatasi apa yang sudah disuratkan. Inilah perkara penting yang perlu diterapkan.

YB Chong Eng juga seolah-olah menyalahkan sistem pendidikan negara kerana ketidakfasihan beliau dalam kemahiran berbahasa Malaysia. Pandangan YB Datuk Baharom Mohamed (BN-Sekijang) yang mencelah, membangkitkan tentang kesukaran untuk memahami apa yang diungkapkan YB Chong Eng itu adalah bukti betapa sukarnya jiwa seorang warganegara Malaysia hendak menerima apa yang sepatut telah diterima pakai sejak lahir lagi. Harus diingat, apabila lahir di Malaysia, wajiblah tahu berbahasa Malaysia dengan fasih.

Alasan ketika di sekolah rendah guna bahasa pengantar dalam Mandarin, kemudian di sekolah menengah pula guna bahasa Inggeris dan apabila di universiti guna bahasa Malaysia tentulah tidak boleh dipakai.

Monday, February 23, 2009

Mantan MB Perak biadap

Kemelut politik di Perak masih kelihatan belum reda. Fenomena ini adalah hasil gara-gara pembangkang yang diketuai oleh Dato' Seri mantan Menteri Besar masih berdegil mengaku MB Perak.

Sekiranya perkara ini berterusan yang rugi adalah rakyat dan pengundi-pengundi di negeri Perak. Sepanjang masa beliau menjadi MB, beliau hilang fokus termasuklah mengutamakan pembangunan negeri. Beliau lebih minat kepada logistik iaitu pengangkutan untuk beliau dan ahli exconya. RM 11 juta telah digunakan untuk membeli Toyota Camry bagi ahli exco. Maka, dah puas ke ?

Di samping itu, mantan MB sibuk dengan pengagihan dan menaikkan status tanah ke pajakan selama 999 tahun. Ini adalah satu pendekatan yang dianggap tidak patut dilakukan oleh beliau tanpa konsultasi dengan Kuala Lumpur.

Pemerhati politik berpendapat bahawa sifat yang tidak menentu yang ada pada mantan MB boleh menjejaskan ketenteraman sosiopolitik tempatan. Beliau lebih minat untuk menjadi popular, tapi malangnya pendekatan yang dilaksanakan kurang bijak dan berat sebelah.

Thursday, February 19, 2009

Kes foto bogel Elizabeth bermotifkan politik - Mahathir

CAMBRIDGE: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad percaya penyebaran gambar separuh bogel Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan, Elizabeth Wong adalah bermotifkan politik.


“Di Malaysia sekarang, kita dapat lihat ramai yang mengamalkan taktik politik kotor,” katanya ketika diminta mengulas sama ada Wong merupakan mangsa parti politik tertentu.


Tambahnya, banyak perkara yang terjadi di Malaysia akhir-akhir ini ada kaitan dengan politik.


“Ini tidak bagus kerana amat mudah untuk mengambil gambar dan merosakkan reputasi seseorang individu,” katanya kepada The Star selepas memberi ceramah tentang Malaysia At The Crossroad di Unversiti Cambridge semalam.


Jelas Dr. Mahathir, keputusan sama ada Wong meletakkan jawatan atau tidak terletak kepada Parti Keadilan Rakyat walaupun ADUN berkenaan telah menawarkan diri untuk berbuat demikian.



Sumber : Mstar

Gambar bogel pun boleh menjadi satu isu yang cukup berat dan memalukan. Semua pihak perlu mengambil perhatian terhadap penyalahgunaan alat elektronik yang mana sekiranya tidak diperketatkan peraturan yang sudah sedia ada, akan lebih mengundang bala bencana. Pemimpin yang sudah terkenal dengan reputasi yang mulia pun belum tentu selamat sekiranya ada pihak yang cuba memanipulasi. Jadi, berhati-hatilah.

Tuesday, February 17, 2009

Pilihan raya tiga 'Bukit' mungkin serentak

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menolak kemungkinan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Lanjan, Selangor, jika kerusi itu dikosongkan, diadakan serentak dengan DUN Bukit Selambau, Kedah dan Parlimen Bukit Gantang, Perak pada 7 April ini.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, bagaimanapun berkata ia bergantung kepada proses pengosongan kerusi itu termasuk tarikh SPR dimaklumkan oleh Speaker DUN Selangor.

"Saya belum menerima sebarang permohonan rasmi... cuma makluman daripada beberapa rakan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan meletakkan jawatan.



"Kemungkinan untuk berlaku pilihan raya kecil di tiga 'Bukit' secara serentak memang ada, tapi ia bergantung kepada proses pengosongan kerusi DUN Bukit Lanjan," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat SPR ke-690 di sini, semalam.

Beliau mengulas keputusan Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong Keat Ping, mengemukakan surat menawarkan peletakan jawatannya berikutan isu penyebaran gambar bogelnya di internet. Abdul Aziz berkata, selain dimaklumkan Speaker DUN Selangor berhubung pengosongan kerusi DUN berkenaan, Adun Bukit Lanjan itu juga perlu menulis surat peletakan jawatan kepada SPR tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

"Sebaik kita menerima dan mengkaji semua permohonan berkenaan, barulah SPR akan membuat keputusan mengenai tarikh pilihan raya kecil. Disebabkan pilihan raya kecil Bukit Selambau dan Bukit Gantang masih jauh, sudah tentu logik ia diadakan serentak," katanya.


Sumber : Berita Harian


Tahun ini adalah tahun pilihanraya.

Monday, February 9, 2009

Pilihanraya !

Sememangnya sesi pilihanraya menjadi isu yang hangat diperkatakan di Malaysia pada hari. Walaupun banyak benda yang menjadi isu kebelakangan ini, tetapi yang paling utamanya ialah kestabilan politik akan menjadi pemangkin kepada kekuatan ekonomi ummah.

Pilihanraya cumalah hak setiap warganegara yang berkelayakan untuk menunaikan tanggungjawab mereka. Tetapi, hari-hari perut perlu diisi dan ada tanggungjawab yang tersendiri pula untuk orang yang di bawah tanggungan.

Jangan terlalu leka pada perkara tertentu sehingga mengabaikan pula perkara lain yang lebih utama.