Tuesday, August 19, 2008

Perlukah Guru terlibat dalam parti politik ?

Apabila kita membahaskan tentang peranan guru sebagai 'agen perobah' dalam masyarakat, memang tidak dapat tidak peranan mereka begitu bermakna terutama dalam tugas teras iaitu mendidik anak-anak bangsa Malaysia. Namun demikian, tugas teras itu boleh menjadi tugasan sampingan sahaja sekiranya mereka-mereka yang ada niat peribadi ini lebih menonjolkan diri untuk tugas-tugas politik yang seolah-olah mirip macam tugasan kemasyarakatan.

Tanyalah sejuta orang sekalipun di bumi Malaysia ini berkaitan dengan 'cikgu-cikgu' ini, terutama di kampung-kampung, paling tidak mesti ada sorang dua yang memegang jawatan dalam parti politik (kajian seminima mungkin) dan lepas tu pula mungkin menggunakan kedudukan itu sebagai nampak lebih berkuasa daripada cikgu-cikgu biasa yang jujur berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara.

Ingatlah wahai orang yang sedemikian, janganlah dek kerana nakkan jawatan dalam politik dan untuk kepentingan peribadi, jawatan guru yang mulia itu dijadikan 'platform' sahaja dan sudahnya anak murid yang menjadi mangsa tidak berdosa.

No comments: