Kenyataan Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa ini dikira agak mengejutkan.Ia satu teguran terbuka terhadap golongan dalam PAS yang menentang muzakarah parti itu dengan UMNO.
Berucap merasmikan Muktamar Tahunan Pemuda PAS ke-49 di Ipoh Rabu selain menjelaskan pertemuan yang diadakan dengan kalangan pimpinan UMNO itu adalah keputusan Majlis Syura yang merupakan pimpinan tertinggi parti, beliau turut mempersoalkan kenapa PAS tidak boleh dekati UMNO sedangkan ia boleh bersekutu dengan DAP yang memusuhi Islam.
"Kalau kita boleh bersekutu dengan DAP yang menentang Islam dari dulu sampai sekarang dan dengan PKR, mengapa kita tidak boleh dekati UMNO. Pimpinan kita mengadakan perjumpaan dengan UMNO atas keputusan Syura Ulama, tak ada yang pergi ambil kesempatan untuk kembungkan poket atau runding kerusi dan jawatan,” kata Nashruddin.
Bukan rahsia lagi kalangan pimpinan dalam parti itu yang kuat sekali menentang muzakarah dengan UMNO ialah mereka yang pro Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mereka dikatakan bertegang urat mempertikaikan hal itu semasa mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS di ibupejabat parti itu di Kuala Lumpur pada 31 Julai baru ini yang berlangsung selama lima jam.
Difahamkan mereka kurang senang kerana menyangka Nasharuddin mempelopori pertemuan dengan para pemimpin UMNO yang diadakan secara sulit itu.Malah timbul desas-desus mengatakan ada yang hendak mengusulkan undi tidak percaya terhadapnya.
Selepas mesyuarat Jawatankuasa Pusat itu isu muzakarah yang agak heboh sebelum itu tiba-tiba terus slowdown.
Dalam ucapannya,Nasharuddin yang dilihat sebagai pemimpin PAS yang moderate telah memberi peringatan kepada ahli parti itu yang tidak bersetuju dengan keputusan Majlis Syura dalam isu muzakarah dengan UMNO, bahawa ia boleh disifatkan sebagai melanggar disiplin parti.
Tambahnya, kepimpinan parti itu menyedari ada kalangan ahli PAS yang tidak bersetuju muzakarah dengan UMNO diadakan, selepas pilihan raya umum ke-12 Mac lalu.
"Peraturan kita didasari al-Quran dan as-Sunnah, jangan ada di antara kita yang kata Quran itu lain dan politik lain. Ahli-ahli kena bertenang dan menerima apa yang berlaku ini dengan patuh. Tidak sedarkah bahawa kita melanggar disiplin parti dengan tidak bersetuju dengan keputusan itu," tegasnya.
Menurut Nasharuddin, isu muzakarah perlu dijelaskan oleh pemimpin tertinggi parti bagi memastikan anggota memahami sepenuhnya isu ini dan tidak lagi tertanya-tanya kenapa PAS mengadakan pertemuan dengan UMNO.
Katanya, dasar perjuangan PAS yang berpaksikan Islam menuntut dakwah diterapkan kepada semua yang masih belum memahami apa itu Islam yang sebenar.
"Kita pergi jumpa UMNO untuk bagi tahu mereka syiar Islam sebenar...Islam pun ajar kita supaya berunding, dalam perang pun kalau musuh nak berunding, kita dibenar berunding," ujar beliau. – 13/8/2008
Sumber : Agenda Daily
Satu berita yang cukup menarik, dapat menjalankan dakwah di kalangan orang Islam sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment