Thursday, April 22, 2010

Zaid kacang lupakan kulit,kalau dia mabuk,kita boleh buat apa

Tun Dr Mahathir Mohamad kata pengundi di Hulu Selangor tidak perlu berfikir panjang untuk menolak calon PKR Datuk Zaid Ibrahim yang disifatkannya ‘kacang lupakan kulit’ serta ‘katak’.Mantan Perdana Menteri itu mengakui Zaid sebelum menyertai kerajaan adalah peguam yang cukup maju dengan kira-kira 100 peguam dalam syarikat guamannya. “Tetapi pernah kah kita tengok dia dalam mahkamah? Dia maju sebab sign form yang kerajaan bagi saja. Dia sign form perjanjian, kalau tak ada kerajaan (BN) tak adalah dia (maju),” katanya ketika berceramah di Pusat Daerah Mengundi Serendah, Hulu Selangor, malam Khamis. Orang macam ini kata Dr Mahathir, macam kacang lupakan kulit.“Ini yang susah... Jangan fikir panjang. "Tak ada lebih baik dengan sokong calon parti yang khidmat pada negara sejak 1946. Masa itupun Keadilan atau PKR ini pun tak ada,” katanya. Beliau juga menggelarkan Zaid seperti katak kerana asyik melompat masuk keluar parti.
“Ini sifat katak. Kaki belakang panjang daripada depan...dulu lompat dalam UMN O jadi menteri, mesti bagi itu ini...lepas itu lompat PKR, lepas itu nak ke Sabah. Bila bagi calon, dia masuk balik,” katanya disambut ketawa lebih 500 orang yang hadir pada ceramah itu.
Menurut Dr Mahathir, beliau juga pernah membuat kajian pasal katak yang punyai otot kuat di kaki supaya kuat melompat.
“Saya tak percaya orang kuat lompat ini dan tak percaya orang Superman macam ini,” katanya.
Beliau turut menasihatkan PKR jangan pilih calon seperti Zaid yang tidak menentu kedudukannya.
Sambil seloroh katanya, “Kalau dia mabuk, kita boleh buat apa...dia tak main judi, tapi simpan kuda lumba. Buat apa..saya ada 30 ekor kuda.. dah dapat 7 anak tapi bukan untuk judi,”.
Pada sidang media kemudiannya, Dr Mahathir menjelaskan beliau tidak terbabit dengan tuduhan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang mendakwa semua mantan Perdana Menteri minum arak kecuali Tun Abdullah Ahmad Badawi.
“Saya tak tau pasal orang lain, tetapi saya tak terbabit,” katanya.
Diminta menjelaskan lebih lanjut dakwaan itu, Dr Mahathir berkata , “Mungkin (mantan PM terdahulu) terbabit tetapi mungkin dahulu bukan zaman Zaid. “Zaman Zaid baru. Dulu zaman orang putih tentulah kita pernah tengok mantan-mantan Perdana Menteri minum arak.”
Dr Mahathir memberitahu, perkara itu sengaja dimainkan pembangkang kerana mahu mendapatkan sokongan mempertahankan calon mereka.
“ Mereka cuba menang sokongan dan tuduh apa mereka suka. Terpulang pada rakyat nilai sama ada PM minum atau tak, sepatutnya kalau ada zaman saya, 22 tahun tunggang langgang lah ( kalau saya minum arak masa jadi PM 22 tahun negara tunggang langgang lah) ” tegasnya.
Mengenai dakwaan anaknya Mukhriz yang digembar-gemburkan oleh pembangkang kononnya terbabit dalam syarikat arak San Miguel di Filipina, mantan Perdana Menteri ke 5 itu berkata, beliau difahamkan, anaknya dijemput jadi pengarah dalam syarikat yang sedang mengurus untuk tukar perniagaan.
“Saya diberitahu (syarikat) akan jual bahagian arak kepada orang lain, itu yang saya diberitahu. Kalau tak benar, saya nak tanya (anak saya)...saya tak jaga semua anak saya, dia buat apa itu hal dia, dia bukan orang politik,” katanya.
Dr Mahathir juga mahu pengundi-pengundi memilih calon bukan berdasarkan individu atau kaum tertentu tetapi parti BN yang diwakili dan terbukti sudah berjasa pada rakyat negara ini.


Sumber : Agenda Daily

Tun ada 30 ekor kuda pun tidak mahu terlibat dengan judi.

No comments: