Biar apapun tafsiran rakyat terhadap pendedahan peribadi seseorang pemimpin, ianya merupakan satu kemestian kerana mereka yang bakal memilih seseorang pemimpin atau wakil rakyat itu berhak mempunyai seorang yang benar-benar layak dipanggil Yang Berhormat.
Bagi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed beliau gerenti Datuk Zaid Ibrahim seorang yang tidak mampu melaksanakan tugas dengan baik, seorang putar alam dan banyak menimbulkan masalah ketika berada dalam UMNO di Kelantan.
“Kami di Kelantan menganggap Zaid sebagai ‘barang reject’, orang Kelantan ‘reject’ Zaid dan harap orang Hulu Selangor jangan terima Zaid Ibrahim,” tegasnya ketika menyampaikan ceramah mewakili Timbalan Perdana Menteri di Pentas Pemuda di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung malam Khamis.
Menurut Mustapa, di Kelantan, Zaid ditolak oleh orang PAS kerana menentang hudud dan ditolak orang UMNO kerana tidak ada disiplin.
Mustapa agak pelik Zaid dipilih menjadi calon di Hulu Selangor dan sudah tidak adakah anak-anak Hulu Selangor yang bijak pandai dan berkemampuan untuk ditonjolkan sebagai calon.
Sumber : Agenda Daily
Hukum jangan dipermainkan, arak jangan jadikan amalan.
Thursday, April 22, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment