Baca dahulu dan kemudian timbang-timbangkan
Oleh: dr_sabirin_ehsan"Dua malam lalu saya meninjau kempen pilihanraya kecil Hulu Selangor. Setelah menjengok kempen Pakatan Rakyat, saya menjengok beberapa kempen BN. Rakan-rakan penyelidik dari luar negera turut saya bawa, mereka adalah merupakan pensyarah kanan salah sebuah universiti di United Kingdom. Kami menterjemah intipati ceramah pimpinan UMNO/BN, PERKASA dan bekas pimpinan PKR yang telah melompat.
Rakan2 saya bingong dengan agenda dan bahan kempen. Tidak seperti di UK, dimana kempen menurut mereka dilakukan secara gentleman, level-ground yang sama rata dan bahan-bahan kempen merupakan agenda parti masing-masing. Sedangkan mereka melihat betapa jijiknya kempen di Malaysia yang tidak lebih dari cercaan, maki-hamun, penipuan dan menurut mereka Mr Ibrahim Ali hanyalah seorang pencacai politik yang langsung tidak punya agenda. Saya hanya mendiamkan diri kerana tidak mahu mengambil 'side' supaya rakan-rakan saya itu bebas menyuarakan pandangan tanpa debat dari saya.
Kita berasa amat sedih kerana UMNO/BN menggunakan platform PRK sebagai tempat melempat tohmahan dan fitnah bukan tempah memajukan agenda masadepan bangsa Malaysia. Awal-awal lagi TPM dan pimpinan UMNO bergerak dalam kempen mereka dengan melancar peluru berpandu fitnah dan penipuan. Serangan ini ditujukan kepada Ketua Umum Keadilan, Dato' Zaid (calon) dan seluruh saf kepimpinan PR.
TV dan Radio Malaysia serta akhbar arus perdana lebih menjijikan menjadi alat propaganda untuk menghentam satu pihak (iaini PR) dan mengangkat semua perkara kepada UMNO/BN. Saban malam RTM1, RTM2, TV3 menyiarkan segmen khas PRK Hulu Selangor dengan memperlekehkan agenda PR dan menyebarkan proganda berupa fitnah dan unsur hasutan. Sedangkan pihak PR langsung tiada ruang untuk mengetengahkan agenda mereka melalui saluran tersebut. Rakan saya bertanya, adakah ahli/penyokong PR tidak membayar cukai pendapatan? sehingga kerajaan menidakkan hak mereka terhadap semua saluran yang dibiayai melalui cukai dari semua rakyat? Saya menjawab , akta cukai di Malaysia tidak mengecuali sesiapa, tetapi BN menggunakan semua itu hanya untuk nafsu serakah mereka.
Sealin dari itu, kita lihat janji2 jambatan, sekolah, tadika, kemudahan peneroka FELDA berkemundang lagi. Sepert juga di Manik Urai! Tapi itu semua gendang semasa pilihanraya sedang hakikatnya mampukah BN menunaikan semua itu? Sedangkan banyak program dan projek dalam negara ini hanya diratah rakus oleh kroni dan rakan-taulan BN dan ironinya. Namun begitu kita memanjatkan doa dan munajat supaya Ahad ini berpihak kepada PR dan semua pengundi Hulu Selangor mengundi dengan akal dan otak yang waras! "
Sumber: Tranung kite
Satu tohmahan secara langsung yang hanya mengikut emosi sahaja, takkanlah pemimpin BN begitu tidak berakal. Bukan sedikit orang pandai yang ada dalam BN
Friday, April 23, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment