Provokasi yang biasanya dikaitkan dengan UMNO sahaja lebih-lebih lagi ketika sesi Pilihanraya Hulu Selangor, memang selalunya akan ada pihak yang sengaja menuding jari bahawa hanya BN sahaja yang salah. Isu calon PR yang dikatakan seorang kaki arak sepatutnya tidak boleh dipandang ringan oleh pengundi kerana pemimpin yang berkaliber mestilah baik akhlaknya secara keseluruhan. Bagaimana kita sebagai manusia biasa yang bukan ingin berlagak alim dengan mudah terpedaya sekiranya pemimpin UMNO dilabel peminum arak, kaki perempuan, rasuah, menipu, dan sebagainyalah yang tidak bermoral.
Andaian bahawa di dalam UMNO hanya terdapat pemimpin yang rendah moralnya dan dengan mudah diterima sebagai pemimpin sebenarnya telah lama berlalu. Nilai kesetiaan kepada parti juga sebenarnya telah menidakkan layak atau tidaknya seseorang itu dilantik sebagai ketua. Andaian penulis ini tentang pemimpin UMNO sangat tidak patut. Baca dan nilailah perilaku mereka yang sengaja mengkucar-kacirkan fikiran masyarakat 1 Malaysia :
'Hishamuddin dan Muhyidin cuba sembunyi tangan kononya isu arak bukan dibuat oleh UMNO tetapi oleh bloggers, memang betul, tetapi ianya dimainkan oleh bloggers yang diupah dan dibayar oleh UMNO. Zaid ketika dalam parti jahiliyah dan juga dalam keadaan jahil melakukan semua itu, kini beliau telah keluar dari parti jahiliyah untuk bertaubat. Wakil Rompin yang memang dikenali seorang kaki mabuk dan kaki perempuan, mengapa UMNO tak pernah pertikai setiap kali beliau dipilih sebagai calun kawasan Rompin? Ramai lagi pemimpin UMNO samada peringkat negeri atau Pusat yang kaki arak, kaki judi, kaki rasuah, kaki perempaun dan berbagai maksiat lagi. UMNO jangan nak tunjuk baik, UMNO sekarang adalah talibarut dan barua Yahudi/Zionis. Mana ada sekutu Yahudi yang baik? Malahan mereka ini adalah musuh Allah, Rasul dan umat Islam yang beriman. Adakah Zaid lebih bahaya dari UMNO? Adakah Najib itu tidak pernah minum arak dan berzina? Apakah Hishamuddin dan ramai lagi Menteri UMNO itu tidak pernah teguk arak dan makan rasuah? Isu pembunuhan Altantuya dan kaitan Yahudi/Zionis yang punya kaitan dengan UMNO adalah lebih mengancam Negara dan merosakan masyarakat dan Islam. Ezam, Ibrahim Ali serta beberapa katak sekarang ini sudah pun menjadi sekutu Yahudi/Zionis, sekutu perasuah, sekutu penindas bangsa Melayu dan perompak harta Negara, syabas! Menentang mereka ini dan menentang UMNO adalah wajib sekarang dan ianya adalah salah satu dari cabang jihad.
Ibrahim katak yang mengaku Parti Bebas sepatutnya menyokong dan berkempen untuk calun bebas yang bertanding, tapi pelik, beliau berkempen untuk UMNO pula. Kata Si katak dan UMNO kata , "Hidup Melayu", Pertahankan Melayu tapi calun yang bertanding ni Melayu ke? Mana pendirian orang UMNO Hulu Selangor? Kata Melayu, hidup Melayu, berjuang demi Melayu, tapi nak undi calun India pulak? Undilah Datuk Zaid, inilah sebenarnya orang Melayu. Melayu tong najis dan tong sampah rupanya UMNO ni.
Kita kena ingat, apabila UMNO mendedahkan akhlak dan perangai buruk pemimpin PKR yang berasal dari UMNO, ianya secara tidak langsung mendedahkan betapa buruknya UMNO sebenarnya, dan ia membuktikan bahawa dalam UMNO, pemimpinya tidak boleh berperangai baik dan alim. Ini kerana semua perbuatan terkutuk atau buruk belaku semasa mereka ini dalam UMNO tetapi setelah mereka menyertai Pakatan Rakyat mereka semuanya telah meninggalkan tabiat buruk itu apatah lagi mereka selalu berdampingan dengan pemimpin-pemimpin PAS.
Dalam UMNO tidak ada larangan untuk sesiapa yang hendak minum arak, hendak berzina, hendak berjudi, hendak hina Islam, tidak solat atau puasa, hendak tipu rakyat, hendak makan rasuah dan sebagainya, yang menjadi larangan dalam UMNO ialah, tidak boleh bercakap tentang hukum Islam, tidak boleh selalu pergi masjid dengar kuliah, tidak boleh hina perlembagaan parti, tidak boleh kritik pemimpin, tidak boleh pertikai isteri-isteri pemimpin dedah aurat atau berpeluk dengan lelalki bukan mahram. Inilah perbuatan yang menjadi kebanggan syaitan dan iblis, disokong pulak oleh beberapa tokoh agama cari makan termasuk mufti tertentu, menjadi-menjadilah syaitan dan iblis bersorak kegembiraan kerana jerat mereka sudah mengena. Inilah UMNO, parti sesat yang lagi menyesatkan.
Kita tengok sahaja akhlak dan perangai penyokong-penyokong UMNO setiap kali pilihanraya, tak ubah sebagai haiwan di zoo dan di rimba. Yang lelakinya umpama bapak-bapak ayam mencari mangsa, manakala yang perempuanya pula tak ubah seperti perempuan sundal. Puak beginikah yang hendak disokong dan dipertahankan untuk masa depan Negara, bangsa dan agama? Datuk Zaid dedahkan atau jika ada dengan gambar sekali pemimpin-pemimpin UMNO yang kaki arak atau yang pernah bersama beliau meneguk arak ketika dalam parti jahiliyah dulu. Biar rakyat tahu rupa sebenar pemimpin UMNO ni.'
Sumber : Tranung kite
Monday, April 19, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment