Friday, April 23, 2010

Ada yang hina titah Sultan, anggap larangan berpolitik di masjid karut

Pada tengahari Jumaat, semasa merasmikan Masjid Taman Cheras, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, baginda tidak berkenan masjid dan surau dijadikan gelanggang politik dan demonstrasi.
Titah baginda, masjid dan surau adalah tempat untuk umat Islam dan orang Melayu bersatu padu, bermuafakat serta mengeratkan silaturrahim sesama umat, dan bukannya tempat untuk berpolitik.
"Beta tidak berkenan masjid dan surau dijadikan gelanggang untuk berpolitik dan mengadakan demonstrasi yang negatif baik di perkarangan mahupun di dalam masjid," titah baginda yang ketika itu turut diiringi Menteri Besar Selangor,Tan Sri Khalid Ibrahim.
Tetapi pada sebelah malam, dalam sidang akhbar yang diadakan di banglo Pejabat Daerah Kuala Kubu Baru, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila diminta mengulas titah itu, dengan selamba berkata ia tak salah. Malah Menteri Besar Kelantan menganggap larangan itu sebagai ajaran karut peninggalan Inggeris. Khalid duduk sebelah Nik Aziz dalam sidang akhbar itu. Turut hadir ialah calon PKR pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim, orang kuat DAP Lim,Kit Siang dan Naib Presiden PKR Azmin Ali. Difahamkan Sultan Selangor menitahkan demikian kerana pakatan pembangkang menganjurkan ceramah pilihanraya di dalam dan perkarangan masjid dalam kempen pilihanraya kecil Hulu Selangor. Keadaan ini dikatakan mencetuskan rasa kurang senang dikalangan orangramai.-Agenda Daily

Masjid adalah tempat beribadat dan menyatukan semua orang Islam

No comments: