Monday, April 19, 2010

BN bakal merubah Hulu Selangor

"Pilihanraya kecil P94 Hulu Selangor bakal mengundang satu sejarah hitam kepada komponen pakatan rakyat dan PKR. Tempuh hari buang undi hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.

Namun geraf atau momentum pengundi di seluruh Hulu Selangor tidak menyebelahi PKR. Inilah bahana demokrasi pilihanraya di Malaysia.

Dari pengamatan kami serta keadaan dan suasana pemimpin PKR malah kredibeliti Calun PKR Datuk Zaid Ibrahim cukup tercemar di Hulu Selangor. Sehingga berita ini ditulis BN/MIC maseh cukup selesa menawan semula parlimen Hulu Selangor. Malah kami tidak terkejut dan tersentak jika BN/MIC menang dengan majoriti yang cukup besar. Dijangka BN/MIC menang dengan majoriti melebehi 3000.
Walau apa pu itu jangkaan kami. Hanya rakyat Hulu selangor yang menentukan. Namun jika dimbil kira geopolitik semasa dan tempatan peluang dan ruang PKR agak sukar untuk menawan semuala parlimen Hulu Selangor.

Puncanya kebangkitan orang melayu terhadap PKR/pakatan rakyat cukup menurun. Seramai 53% pengundi melayu di Hulu Selangor, hampir 95 % menyokong dan mengundi BN/MIC.

Kedua kaum China seramai 25% pengundi di Hulu Selangor melebehi dua pertiga menyokong dan mengundi BN/MIC di Hulu Selangor. Begitu juga kaum India 29% tetap menyokong BN/MIC di Hulu Selangor.

Ketiga telah menjadi tradisional P94 Hulu Selangor dan kesemua DUN adalah kubu kuat UMNO dari dulu hingga kini. PKR menang pada tahun 2008 hanya dengan majariti 198 undi sahaja.

Keempat kecelaruan pemimpin PKR dan wakil rakyat PKR serta krisis dalaman PKR telah dihidu oleh rakyat keseluruhannya.

Kelima pemilihan calun tidak teapat dan tidak serasi dengan penduduk di hulu selangor khasnya orang melayu di Hulu Selangor dengan kisah silam peribadi calun Zahid Ibrahim. Isunya cukup mengugat dan menjadi isu utma penduduk diseluruh parlimen Hulu Selangor. Dengan lain perkataan pemilihan calun di Hulu Selangor tersasar malah dihujani peluru masalah dan isunya.


Hakikatnya beberpa perkara diatas adalah punca dan sampingan PKR bakal menemui kegagalan dan kekalahan di Hulu Selangor.


Sumber : Tranung kite



Percayalah bahawa masa untuk merubah arus politik di Hulu Selangor telah sampai !

No comments: