Monday, April 19, 2010

Tangan-tangan yang mengundi



Tangan-tangan yang mengundi!Berhati-hati dalam suka-duka
Jangan kemaruk sangat pada pujian.Nanti menyesal tak berkesudahan
Habis semua dibawa lari!
Tangan-tangan yang mengundi!
Dalam lipatan itu ada senjata berbisa
Jangan mudah leka dan terlena
Nanti punah-ranah semuanya!
Berkubur dalam warna-warna sesat

Tangan-tangan yang mengundi!
Habuan apa yang kamu dapat?
Janji apa yang kalian kecapi?
Adakah itu semua benar!
Atau
Kamu akan menemui maut-maut dusta!
Menyesal yang tak sudah.....

Tangan-tangan yang mengundi!
Hati-hati dan jangan kecil hati
Terlalu banyak benih-benih janji ditabur
Jangan persiakan tanah-tanah warisan
Kelak kita akan dijajah!
Bangun dan sedar-sedarkan diri
Sang pencacai sudah mula menjerat nista!

Tangan-tangan yang mengundi!
Berhati-hati dalam segala dakapan
Bukan berburuk-sangka
Tapi sendiri mahu ingat!
Sekali tertipu seribu kali merana!

Tangan-tangan yang mengundi!
Fikir-fikirkanlah janji-janji itu
Sebelum kita merana tak sudah!


Sumber : Tranung kite

No comments: