HULU SELANGOR – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, “kilang fitnah milik pembangkang” akan mula beroperasi selama 24 jam dalam fasa terakhir tempoh berkempen menjelang hari pengundian pada Ahad ini dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor.
Beliau berkata, ini kerana pembangkang sudah mula berasa tertekan menyebabkan mereka sanggup berbuat apa sahaja termasuk menyebarkan risalah-risalah berbaur fitnah yang menggunakan nama-nama pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN).
"Saya tahu di fasa yang akhir ini putaran fitnah atau kilang-kilang fitnah akan mula beroperasi 24 jam di pihak sana. Saya juga jangka mereka akan sebarkan pelbagai risalah gunakan nama pemimpin UMNO dan BN mengatakan begitu begini padahal ia bukan datang dari kita.
"Saya hendak menjangkakan itu dahulu supaya mereka tahu apa yang mereka hendak buat kita sudah tahu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Baharu di sini hari ini.
Sumber : Utusan
Berhati-hatilah wahai pengundi Hulu Selangor
Thursday, April 22, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment