PKR yang selama ini menaruh kepercayaan kepada Dr. Halili sebenarnya tidak bersedia untuk menghadapi pilihanraya tanpa beliau. Apabila PAS tidak dapat menilai satu ancaman berikutan kemasukan Dr. Halili ke dalam UMNO, ini merupakan masalah kepada kesepakatan Pakatan Rakyat di Hulu Selangor. Bagaimana hendak bekerja sekiranya semangat 'team work' tidak wujud dan masalah ketidaksefahaman pemilihan calon. Orang luar hendak menjadi pemimpin di Hulu Selangor, sedangkan anak tempatan dilupakan sama sekali.
Kata pemimpin mereka, 'perkara ini sudah dijangkakan lebih awal dan pemilihan Zaid Ibrahim sebagai calon adalah pemilihan yang paling tepat. PAS juga sudah mendapat maklumat lebih awal bahawa Dr. Halili telah mengarahkan penyokong-penyokong setianya menyamar untuk mensabotaj gerak kerja Pakatan di Hulu Selangor dan telah terlebih dahulu bertindak membuka bilik-bilik gerakan di setiap UPU sebagai sokongan kepada jentera PKR. Gabungan Jentera Pakatan dari seluruh negara tidak mampu dihalang oleh Dr. Halili dan penyokong-penyokong yang membelot kepada PKR.' Itu kenyataan dari orang PAS.
Kata orang PAS lagi, mereka berterima kasih kerana akhirnya Dr. Halili mengakui identiti sebenarnya, dan ini memudahkan gerak kerja Pakatan di Hulu Selangor. Untuk gelombang seterusnya PAS akan mengerakkan full enforcement dari setiap negeri, bagi memastikan gerak kerja berganda dapat dilakukan. Beberapa Markas PAS di UPU Hulu Selangor juga dijadikan markas utama bagi memudahkan gerak kerja. Petugas PAS diminta melaporkan diri di markas-markas yang telah ditetapkan, dan menumpukan kerja-kerja kempen mengikut jadual yang ditetapkan.
Percayalah, BN tidak akan terus berputih mata melihat kesatuan erat komponen Pakatan di Hulu Selangor, yang selama ini sering digambarkan mengalami masalah. Pemboikotan ahli-ahli Umno yang tidak berpuas hati kerana memberikan kerusi calon kepada MIC tidak akan terjadi, semangat 1 Malaysia akan terus bersemarak di jiwa pengundi pilihanraya.
PAS tidak akan dapat memberikan komitmen membantu jentera PKR untuk kebaikan rakyat di Hulu Selangor yang sudah lama diabaikan kerajaan negeri. Rekod kemenangan 11 penggal di Hulu Selangor dan menguasai tiga DUN hingga ke hari ini telah membuktikan segala-galanya. Tidak ada istilah janji pilihanraya di hati pemimpin BN. Setiap yang dilakukan hanyalah untuk rakyat Hulu Selangor.
BN yakin, rakyat yang bijak akan pasti menolak PKR di Hulu Selangor. Undilah calon Barisan Nasional .
Tuesday, April 20, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment