Wednesday, July 29, 2009

Merealisasi 1Malaysia ! Apa yang perlu pemimpin buat?

SUARA NURANI

1Malaysia ialah satu konsep yang kalau betul-betul diterjemahkan menjadi suatu realiti akan lahir suatu kekuatan yang tiada tolak bandingnya bagi rakyat Malaysia. Untuk mendapat kekuatan ini rakyat Malaysia khusus para pemimpin Negara dari kalangan pemimpin parti politik komponan Barisan Nasional khususnya, dituntut menterjemahkan melalui tindakan masing-masing yang akan diikuti oleh rakyat dengan mudahnya tanpa dipersoalkan lagi oleh mana –mana pihak yang meragui kepentingannya.

Dengan kata lain pemimpin umpama sebagai ketua keluarga sudah semestinya ketua keluarga menjadi contoh bagi anak-anaknya ataupun orang di bawah pimpinanya. Ini bertepatan dengan slogan yang kita dilaungkan sebelun ini “kepimpinan melalui teladan” yang telah diperkenalkan oleh Tun Dr, Mahathir patut menjadi amalan setiap pemimpin.

dimana kepimpinan melalui teladan itu? Kalaulah ini tidak dihayati oleh pemimpin, maka sukar bagi kita untuk rakyat menghayatinya. Dengan kata lain pemimpin sesama pemimpin parti politik dalam komponen Barisan Nasional terutamanya(UMNO,MCA, MIC)hendaklah memulakan sikap ini duduk bersama dan berjalan berpimpingan di antara satu sama lain daripada sekecil-kecil pemimpin dan sebesar-besar pemimpin dalam kesepakatan menjulang satu Malaysia.

Sebagai tambahan selain daripada lapan konsep yang telah dibentangkan oleh Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, dicadangkan beberapa perkara yang yang perlu dilakukan oleh para pemimpin diantaranya ialah:

1- Kesepakatan dalam gerak kerja yang melibatkan aktiviti politik samada UMNO, MCA, MIC,PPP mestilah berada dalam satu majlis dan di atas satu pentas tak kiralah ianya majlis UMNO, MIC ataupun MCA dan di sini pemimpin ini berpeluang untuk memberi ucapan tentang pentingnya satu Malaysia untuk rakyat Malaysia. Kemesraan di antara pemimpin ini akan memberi suntikan yang baru kepada rakyat dan dengan sendirinya akan melahirkan persefahaman dalam hubungan kaum di Negara ini.

2- Sebarang majlis yang dianjurkan oleh parti kompenan Barisan Nasional di dalam satu –satu kawasan samada Dun atau Parlimen semua kaum yang berada dalam kawasan itu dijemput hadir bersama. Sebelun ini kalau majlis UMNO hanya orang melayu saja yang hadir begitu juga kalau majlis MIC hanya orang India saja yang hadir begitulah sebaliknya.

3- Kementerian Belia Dan Sukan dicadangkan mengerakkan semula aktiviti bersama belia dari berbagai kaum di Malaysia selain sambutan hari belia semalaysia yang di adakan setiap tahun samada peringkat kebangsaan ataupun peringkat negeri di adakan secara besar-besaran yang melibat belia semua kaum di Negara ini.

4- Para pemimpin disemua peringkat hendaklah berhenti daripada tindakan dan ucapan secara terbuka yang boleh menyentuh sensiviti kaum dan agama yang tidak menguntungkan mana-mana pihak bahkan banyak mudaratnya kepada perpaduan kaum. Disamping itu hendaklah kita menghormati hak-hak kaum yang termaktub dalam perlembangan Negara