Friday, April 23, 2010

Calon Melayu, belum tentu Melayu selamat

Fikir-fikirkanlah tajuk di atas. Bukan sembarangan cakap tetapi seharusnya memikirkan bahawa untuk meneruskan kesinambungan pentadbiran yang baik, parti yang lama mempunyai pengalaman haruslah jadi keutamaan. UMNO yang selama ini menjadi tonggak kejayaan Barisan Nasional dan boleh dipercayai calonnya tentu tidak akan silap memilih Kamal sebagai calon pilihanraya Hulu Selangor.

Restu yang diterima dari semua pucuk pimpinan membolehkan sokongan yang kuat diterima.

Faktor P.KAMALANATHAN dipilih :

Kamalanathan adalah pilihan terbaik kerana beliau adalah anak tempatan.
Beliau lahir di Sungai Choh, Hulu Selangor yang termasuk dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor. Hakikatnya beliau adalah anak jati Hulu Selangor.
Beliau berpengalaman luas dalam bidang perhubungan awam dan sering menjadi ahli panel program-program berbentuk diskusi di RTM/ASTRO Awani.
Calon muda yang berusia 44 tahun.
Berkelulusan dari Edith Cowan University, Australia dalam bidang Komunikasi Massa, Perhubungan Awam.
Mempunyai ramai kenalan dalam komuniti belia yang meliputi pelbagai kaum.
Fasih dalam tiga bahasa iaitu Melayu, Tamil dan Inggeris.
Seorang pengamal Perhubungan Awam yang mudah mesra, merendah diri serta mudah mendekati masyarakat pelbagai kaum serta mempunyai hubungan baik dengan semua pemimpin tempatan termasuk UMNO, MCA serta parti-parti komponen yang lain.

No comments: