Thursday, April 22, 2010

Impian tinggi melangit

Pakatan Rakyat (PR) nampaknya sudah menyusun strategi. Mungkin sedar saingan di Hulu Selangor kali ini agak sengit dan sukar. Satu demi satu masalah yang melanda Parti Keadilan Rakyat (PKR) kebelakangan ini adalah bukti yang tidak lagi mampu disorokkan. Walaupun cuba dinafikan oleh PKR dan PR dan pelbagai alasan diberikan, rakyat sudah mula menilainya.
Sewaktu melancarkan secara rasmi jentera pilihan raya di Kuala Kubu Bharu, baru-baru ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim cuba menyuntik semula semangat penyokong parti itu – seolah-olah tiada apa yang berlaku. Kata beliau, pilihan raya di Hulu Selangor ini akan menjadi anak tangga untuk menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang. Tinggi sekali impian beliau!
Dengan lebih 3,000 petugas yang ditempatkan di merata ceruk di Hulu Selangor, Khalid melahirkan keyakinan untuk mengekalkan kerusi PR di sini kerana menurut beliau hanya PR sahaja yang mampu membela nasib rakyat di negara ini.
Mungkin Khalid lupa agaknya. Kepimpinan beliau sendiri ditolak oleh PKR Selangor. Bahagian Kuala Selangor yang menjadi kawasan beliau sudah lama berkubur. Kalau orang di tempat sendiri sudah menolak dan tidak lagi percaya dengan kepimpinan beliau dan parti, apa yang boleh beliau janjikan kepada penduduk di Hulu Selangor?
Beliau juga ada menyebut kononnya untuk menyelamatkan rakyat Selangor dari pemimpin yang zalim dan pemimpin yang membenarkan campur tangan luar di dalam urusan pentadbiran negara.

Sumber Malaysia Aktif

Mentadbir Selangor pun huru-hara, bagaimana nak ke Putrajaya. Habis celaru dibuatnya.

No comments: