Tuesday, June 24, 2008

Terima Kasih Bernilai 1 Juta

Terima kasih kepada pihak yang berautoriti kerana meniup semangat anak muda untuk menggapai impian memenangi emas untuk negara pada Sukan Olimpik Beijing nanti. Bagi setiap atlit tidak ada apa yang diharapkan selain hanya ingin menjadi pemain nombor satu atau pun kemenangan dalam setiap pertandingan yang disertai.

Walaupun pada mulanya hanyalah sekadar impian peribadi dalam setiap sukan mahu pun apa-apa disiplin lain yang disertai, ia tetap menjadi impian negara apabila niatnya itu ingin membuat kebaktian kepada negara tercinta.

Sama juga seperti cerita pembuat kasut dan impian yang dimiliki, pada hal yang biasa pembuat kasut hanyalah mereka kasut untuk dijual dan mendapat keuntungan demi sesuap nasi. Kemudiannnya, pembuat kasut berpindah dari satu lokasi, ke satu lokasi yang lainnya demi inginkan perubahan termasuk dari segi mendapat keuntungan. Oleh kerana lokasi yang strategik, nama pembuat kasut terkenal dan ketinggian mutu buatannya mendapat perhatian dari segenap lapisan masyarakat termasuk juga orang-orang yang 'bernama'. Ketika itu, pembuat kasut bukanlah 'orang biasa' lagi. Media mula memberi hala tuju dan perhatian yang berbeza terhadap si pembuat kasut, sikap dan tingkah lakunya juga harus lebih tersusun kerana tuan empunya badan itu adalah hak milik masyarakat yang menjadikan bahawa inilah individu idola dalam bidang yang diceburi tadi. Ketika itu juga, wang bukanlah segalanya tetapi yang lebih penting si pembuat kasut dapat menyumbang sesuatu untuk negaranya.

Monday, June 23, 2008

Bila usul tidak percaya sudah jadi percaya

Bila usul tidak percaya tentang kemampuan Perdana Menteri hendak dibuat tidak jadi, maka lahirlah pula undi percaya iaitu terhadap kemampuan Kerajaan kita dalam menstruktur semula harga minyak agar lebih relevan dengan keadaan semasa. Walaupun rakyat terpaksa menstruktur semula perbelanjaan harian, Kerajaan tidak ada pilihan buat masa ini dan turut sama membantu dalam perkara-perkara tertentu terutama menolong mengurangkan beban rakyat miskin. BN ternyata telah dapat mengatasi cabaran usulnya mengenai kenaikan harga minyak dan barangan yang dibentangkan oleh YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad di Dewan Rakyat. Usul tersebut diluluskan dengan 129 Ahli Parlimen BN menyokong manakala 78 Ahli Parlimen pembangkang menentang dalam keputusan yang diumumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Tuesday, June 17, 2008

BN Terkejut

Ada khabar mengatakan Parti Maju Sabah (SAPP) akan mengadakan satu sidang akhbar di ibu pejabat parti itu iaitu di Luyang Kota Kinabalu. Walaupun SAPP hanyalah sebuah parti kecil dalam komponen Barisan Nasional, namun apa yang mungkin terbit dari sidang akhbar berkenaan boleh menjadi kejutan kepada gerak kerja yang normal dalam BN pada masa ini.

Selepas pilihanraya 8 Mac lalu, tidak ada satu kepastian pun berkenaan suasana politik semasa, tambahan pula dengan pelbagai spekulasi yang timbul. Macam harga minyak pula !

Namun demikian, apa-apa keputusan pun tidaklah seharusnya menjadi kejutan kerana sebagai pemimpin, tidak wajar rasanya mempunyai satu pelan sahaja. Gunakan pelan lain pula untuk mencapai objektif serta matlamat ke arah kebaikan negara.

Monday, June 16, 2008

Penyatuan Pemimpin Melayu

Mufti Perlis rayu pemimpin Melayu duduk semeja

KUALA LUMPUR 13 Jun - Empat pemimpin utama Melayu termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, dirayu duduk semeja bagi membincangkan kepentingan umat Islam yang kini semakin meruncing kedudukannya.
Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, sudah tiba masanya mereka memikirkan secara khusus isu tersebut kerana suasana politik semasa membuatkan ramai umat Islam makin keliru dan bimbang.
''Sebab itu saya merayu kepada empat tokoh yang mempunyai kedudukan tersendiri di kalangan orang Melayu supaya dapat memikirkan tentang masa depan umat Islam supaya kita jelas dalam tindakan selanjutnya.
''Ini rayuan saya kerana 'orang lain' makin hari makin menuntut pelbagai perkara yang jika dibiarkan tidak tahu apakah kesudahannya," katanya ketika menghubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Mohd. Asri, harapannya untuk melihat Abdullah, Mahathir, Nik Aziz dan Anwar duduk semeja adalah satu rayuan daripada beliau selaku seorang rakyat dan umat Islam di negara ini.
Kata beliau, perbincangan itu boleh berlaku tetapi dengan syarat semua pemimpin terlibat mesti ikhlas berbincang tanpa mempunyai kepentingan kepartian.
''Harapan saya adalah untuk melihat ia berlaku dengan penuh kematangan dan pemimpin-pemimpin ini perlu mengetepikan sentimen serta jangan mengungkit kisah lalu.
''Niat perbincangan ini adalah atas dasar kepentingan bersama demi umat yang bukan mahu menindas sesiapa tetapi untuk mempertahankan identiti negara," jelasnya.

Sumber : Utusan Malaysia

Jernihkanlah kekeruhan dulu

Thursday, June 12, 2008

Kenaikan Harga Minyak, Tanganilah Secara Bijaksana Lagi Inovatif

Kenaikan harga minyak yang agak tinggi juga mewajarkan kita terutama orang Melayu untuk mencari suatu kaedah dalam berbelanja secara lebih bijak. Jangan hanya kerana emosi yang agak tidak menentu kerana terkejut dengan berita kenaikan harga tersebut dan juga barangan yang lain, orang Melayu terutamanya tidak habis-habis mengutuk, mengkritik malah usaha untuk berdemonstrasi pula. Fikir-fikirkanlah tentang perilaku orang Melayu yang cepat melenting apabila diprovokasi oleh individu-individu tertentu. Memang, kadang-kadang tiada siapa manusia pun yang boleh menahan sabar apabila mendengar berita-berita yang 'terkejut' ini. Namun demikian, kembalilah kepada ajaran yang benar sebenar-benarnya. Susun strategi baru dan mulakan dengan langkah lebih bergaya.

Wednesday, June 11, 2008

Harga Minyak Tidak Naik Lagi

Harga petrol dan diesel tidak akan dinaikkan lagi pada tahun ini walaupun harga minyak di pasaran dunia dijangka berada pada paras yang tinggi pada bulan-bulan mendatang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini bagi mengurangkan beban rakyat kerana kerajaan sedar rakyat sedang berusaha menyesuaikan diri dengan situasi harga minyak yang tinggi. Harga petrol dan diesel sekarang akan dikekalkan walaupun harga minyak dunia mungkin mencecah AS$200 setong pada tahun ini. Oklah tu, jangan harga barang lain pula naik. Rakyat sekarang sudah lebih matang.

Monday, June 9, 2008

Langkah Kerajaan yang tidak membebankan

Elaun keraian melibatkan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri akan dipotong 10 peratus mulai 1 Julai ini. Satu berita yang begitu menggembirakan bagi seluruh rakyat Malaysia. Kepimpinan melalui teladan !

Langkah-langkah penjimatan RM2 bilion setahun ini akan membawa satu impak yang cukup bagus dan menunjukkan betapa keperitan rakyat tetap sama ditanggung oleh para pemimpin. Cuti berbayar bagi menteri dan timbalan menteri juga telah dihadkan kepada destinasi dalam negeri dan rantau ASEAN sahaja serta tidak melebihi seminggu. Eloklah tu !

Apa yang lebih menggembirakan lagi ialah Kerajaan sedang menimbang untuk menaikkan beberapa elaun bagi rakyat. Tetapi, maklumat terperinci akan diumumkan seminggu lagi.
Perdana Menteri juga turut mengarahkan supaya perbelanjaan awam dikurangkan meliputi aspek mengehadkan perjalanan para pegawai kanan sektor awam ke luar negara, semua jabatan kerajaan tidak dibenarkan membuat pengubahsuaian pejabat serta menangguhkan sebarang pembelian aset termasuk penganjuran majlis dan upacara keraian.

Penggunaan kemudahan hotel hanya dibenarkan bagi mesyuarat, persidangan, seminar dan bengkel antarabangsa. Semua kursus dan bengkel hendaklah dihadkan dengan menggunakan kemudahan sedia ada di kementerian, jabatan, agensi termasuk Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Sewa ruang pejabat baru dan tambahan, perpindahan pejabat ke bangunan lain atau membuat pengubahsuaian pejabat sedia ada juga tidak dibenarkan.

Sebarang perbelanjaan bagi pembelian aset termasuk pembelian kereta, perabot, komputer dan kelengkapan pejabat lain yang belum komited, hendaklah ditangguhkan.
Perhiasan dan jamuan perlulah sederhana dan majlis sebolehnya dibuat menggunakan kemudahan sedia ada Kerajaan.

Pemberian cendera hati juga tidak digalakkan dan sekiranya ia benar-benar perlu hendaklah dihadkan kepada buku, kraf tangan atau produk makanan tempatan. Pembekuan jawatan baru dalam Jabatan Kerajaan bagi mengurangkan perbelanjaan awam kecuali bagi jawatan tertentu dan kritikal dalam bidang pendidikan, kesihatan dan penguatkuasaan serta jawatan yang secara langsung dapat menambah kutipan hasil negara. Ia turut bermakna penyusunan semula organisasi melibatkan kementerian, jabatan dan badan berkanun tidak dibenarkan kecuali bertujuan memperkemaskan struktur organisasi tanpa melibatkan pengwujudan jawatan baru atau untuk mengurangkan bilangan tenaga pekerja. Tiga jawatankuasa bagi menangani inflasi diwujudkan iaitu, jawatankuasa berkaitan dengan peningkatan kecekapan dalam menggunakan sumber-sumber tenaga, jawatankuasa menambah baik perkhidmatan bas dan jawatankuasa media yang berfungsi menyebarkan maklumat keputusan majlis.

Thursday, June 5, 2008

Minyak dah naik, apa nak buat !

Harga minyak naik seperti mana yang tidak dijangka. Namun demikian, jangan cepat melatah. Mungkin ada perkara-perkara tertentu yang dapat digunakan sebagai alternatif. Gunakan NGV sebagai satu cara. Apa pun, rakyat perlu juga berterima kasih kepada Kerajaan kerana sikap prihatin mereka kepada golongan yang memerlukan.

Keprihatinan ini menyebabkan rakyat masih boleh terus memberi sokongan kepada Kerajaan walaupun agak terkejut dengan keputusan tersebut. Persoalan berkaitan hadiah dari Kerajaan yang mencapai kos subsidi sehingga RM56 bilion tahun ini juga wajar difikirkan. Perlulah relevan iaitu sampai kepada mereka yang memerlukan.

Tetap berterima kasih.

Monday, June 2, 2008

Jangkaan kenaikan harga minyak.

Harga petrol dan diesel mungkin akan dinaikkan Ogos ini apabila Jawatankuasa Kabinet Menangani Inflasi melakukan penstrukturan semula skim subsidi bahan bakar itu. Walau bagaimanapun, kenaikan harga tidak akan menjejaskan pengguna berpendapatan rendah yang akan terus menikmati skim subsidi baru.

Harap-harapnya bukan sahaja Kerajaan menimbangkan masalah pengguna berpendapatan rendah, tetapi juga turut memikirkan kebajikan pengguna berpendapatan sederhana dan yang baru mula kerja. Jangan nanti, mereka yang muda-muda dan banyak komitmen termasuk yang hendak bayar hutang baru habis belajar sahaja menjadi golongan yang tidak diendahkan.

Cubalah fikirkan tentang mereka-mereka ini yang merupakan generasi pewaris sama ada untuk pelapis pengundi, mahu pun pelapis pemimpin. Apabila mereka ini diberi perhatian oleh Kerajaan, besar kemungkinan masa depan negara akan lebih gemilang. Kadang-kadang ada orang terlupa memikirkan golongan ini kerana asyik dengan orang yang berpendapatan rendah sahaja dan juga golongan 'high level'. Ini sama juga macam kesatuan sekerja tertentulah yang minta kenaikan yang besar untuk golongan jawatan rendah, bagi lebih kepada mereka dan kurangkan memberi kepada yang berjawatan tinggi. Habis tu, yang tengah-tengah macam mana ? Sebab itu kadang-kadang pegawai baru yang masuk kerja tidak dihormati sebagai seorang yang ada hak untuk membuat keputusan, 'eo' atau 'cc' pulak yang terlebih 'acting', pasal dah kerja lama. Gaji sikit lagi ada sama ooo ! Silap-silap libih lagi ! Pengaruh mereka yang terlebih 'acting' juga tidak boleh main-main, kerana mereka boleh memanipulasi staff lain. Kalau tak caya, pegilah mana-mana organisasi pun. Tanyalah semua pegawai yang baru beberapa tahun masuk kerja. Menidakkan mungkin tidak, mengiyakan mungkin terlebih.