Thursday, April 22, 2010

ADUN DAN PARLIMEN BERSATU

Hulu Selangor ada tiga kawasan DUN. Memang aneh, tiga DUN dimenangi oleh BN tetapi Parlimen dimenangi oleh PKR. Majoritinya cuma 198 undi dan ini jelas pengundi tidak mahu calon BN menang. Mungkin undi protes.

Calon BN yang baru ini pula membawa semangat 1Malaysia. Pemimpin BN memberikan tempat kepada MIC walaupun ramai orang Melayu menjadi pengundi di situ. Walaupun ada sahabat yang memerlukan calon UMNO, persahabatan di antara parti lagi penting ketika ini.

Pemilihan Kamalanathan perlu dianggap sesuai kerana beliau fasih berbahasa Melayu, Inggeris dan Tamil. Mampu melaksanakan perancangan yang telah dibuat untuk kebaikan semua penduduk di Hulu Selangor.

No comments: