Ketika membaca cerita tentang kenyataan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang menyatakan Barisan Nasional (BN) bukannya dalang terhadap tindakan dua calon Bebas menarik diri daripada bertanding pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor Ahad ini, kita seolah-olah tertanya murah sangatkah prinsip yang ada pada pemimpin BN hingga apa saja yang berlaku, semuanya menyalahkan BN. Sesungguhnya, permainan kotor ini tidak memungkinkan BN kekal menerajui negara dan jika demikian sifatnya, kuasa yang ada bersifat sementara sahaja.
Bukan atas prinsip BN membeli kerana UMNO itu sendiri wujud atas semangat ingin menentang penjajah dan wang ringgit tidak sama nilainya dengan asas perjuangan. Walaupun bukan calon UMNO yang bertanding, tetapi semangat 1 Malaysia telah menyeimbangkan perjuangan bangsa Malaysia. Kesamarataan dalam konsep pembahagian calon bertanding dalam pilihanraya bukannya melangkau keistimewaan Melayu dan kaum bumiputera yang lainnya. Ini yang perlu difikirkan oleh pengundi Hulu Selangor dan sekaligus mereka yang terlibat sama.
Tuesday, April 20, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment