Friday, April 23, 2010

Wahai Anak Selangor, jangan benarkan warismu ditipu lagi

Kerajaan BN telah menasihati semua penduduk di Hulu Selangor agar menjauhi parti yang bersekongkol dengan agenda politik peribadi serta tidak dapat menunaikan agenda yang disertakan di dalam manifesto pilihanraya yang lalu. BN juga telah menawarkan calon yang tidak hipokrit, merendah diri serta insaf akan keperitan penduduk marhaen Hulu Selangor.

Tidak sampai 24 jam lagi, rakyat Hulu Selangor sendiri akan membuat pilihan dan meskipun beberapa ratus orang dari mereka telah `dinafikan kewajipan untuk memilih (atas faktor yang betul oleh SPR), harapan tetap ada untuk BN menang dalam pilihanraya.

Kita tahu, anak Hulu Selangor ini cerdik, jadi undi ke atas BN adalah pilihan yang tepat dan benar.

PRK Hulu Selangor, BN menang

Setakat ini pertempuran di hulu selangor masih hangat dan hebat sekali.Kaum Melayu yang mempunyai jumlah pengundi tertinggi dilihat menyebelahi BN,namun undi di saat-saat akhir belum tentu meyebelahi BN. Ini dilihat pertugas-pertugas Pas ditambah dengan begitu banyak sekali di saat-saat akhir kepada 7000 ke 10000 petugas,Ini adalah semata-mata ingin meraih undi orang-orang Melayu yang telah banyak digula-gulakan dan dirasuah dengan pelbagai bantuan mee segera yang belum tentu dilaksanakan seperti janji-janji pilihanraya kecil sebelum ini. Kaum cina pula tidak menjadi masaalah kepada PKR untuk meraih undi keran MCA sendiri baru kebah dari deman( berpecah belah) dan tidak mempunyai tenaga dan semangat untuk membantu BN ketika ini,Maka DAP tidak menjadi masalah kehadapan dalam mendapat sokongan kaum Cina,Bagi kaum India ,harapan PKR untuk mendapat undi sebanyak 40 ke 55% undi tidak menjadi masaalah, kerana calon India sebelum ini pun tidak banyak membuat kerja atau budi kepada kaum india di kawasan tersebut.Jelas masyarakat Melayu menjadi penentu arah kedudukan politik di negara ini.

TranungKite

Tambahan petugas sahaja sebenarnya hanyalah untuk mencukupkan tenaga kerja, tetapi bukannya sokongan pengundi. Calon BN sebenarnya diterima dengan baik oleh semua kaum di Hulu Selangor. Semangat BN dalam arena politik Malaysia akan terus berkembang dan kembali mendapat kepercayaan penduduk di negeri Selangor.

Ada yang hina titah Sultan, anggap larangan berpolitik di masjid karut

Pada tengahari Jumaat, semasa merasmikan Masjid Taman Cheras, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, baginda tidak berkenan masjid dan surau dijadikan gelanggang politik dan demonstrasi.
Titah baginda, masjid dan surau adalah tempat untuk umat Islam dan orang Melayu bersatu padu, bermuafakat serta mengeratkan silaturrahim sesama umat, dan bukannya tempat untuk berpolitik.
"Beta tidak berkenan masjid dan surau dijadikan gelanggang untuk berpolitik dan mengadakan demonstrasi yang negatif baik di perkarangan mahupun di dalam masjid," titah baginda yang ketika itu turut diiringi Menteri Besar Selangor,Tan Sri Khalid Ibrahim.
Tetapi pada sebelah malam, dalam sidang akhbar yang diadakan di banglo Pejabat Daerah Kuala Kubu Baru, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila diminta mengulas titah itu, dengan selamba berkata ia tak salah. Malah Menteri Besar Kelantan menganggap larangan itu sebagai ajaran karut peninggalan Inggeris. Khalid duduk sebelah Nik Aziz dalam sidang akhbar itu. Turut hadir ialah calon PKR pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim, orang kuat DAP Lim,Kit Siang dan Naib Presiden PKR Azmin Ali. Difahamkan Sultan Selangor menitahkan demikian kerana pakatan pembangkang menganjurkan ceramah pilihanraya di dalam dan perkarangan masjid dalam kempen pilihanraya kecil Hulu Selangor. Keadaan ini dikatakan mencetuskan rasa kurang senang dikalangan orangramai.-Agenda Daily

Masjid adalah tempat beribadat dan menyatukan semua orang Islam

Mana datanganya PAS For All ?

Ramai tahu Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar yang turut dikaitkan dengan Kumpulan Erdogan adalah antara penyokong tegar Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam isu Apco Worldwide yang dituduh pembangkang 1Malaysia ciplak 1Israel, Mahfuz antara yang lantang menyerang kerajaan dalam dan luar Dewan Rakyat.
Bagaimanapun, apabila ahli parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan serta Ketua Pemuda UMNO, KhaIry Jamaluddin mengaitkan PAS mirip sebuah parti politik yang menganggotai pakatan 1Israel, beliau betul-betul melenting.
Malah, ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad, ahli parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli dan Kuala Selangor, Zulkifli Ahmad turut bangun meminta Abdul Rahman menarik balik kenyataan itu.
Menurut Abdul Rahman, 1Israel adalah pakatan ketika pilihanraya Israel pada 1999.
“1Israel terdiri daripada parti Buruh, parti Meimad dan yang terakhir Gesher yang berjuang untuk agama sama seperti PAS,” kata beliau menyebabkan ahli-ahli Parlimen terlibat dalam pertikaman lidah.
Ahli-ahli Parlimen PAS mendesak agar Abdul Rahman menarik balik kenyataan itu tetapi enggan berbuat demikian kerana kedua-dua parti menggunakan agama sebagai platform mereka.
Bagaimanapun Abdul Rahman akhirnya menarik balik kenyataan itu apabila kekecohan bertambah buruk.
Isu kaitkan PAS dengan Israel tidak berakhir di situ apabila Khairy sekali lagi menyentuh slogan PAS For All sama dengan Israel For All.
Mahfuz yang ditemui pemberita di luar Dewan ketika minta ulas perkara itu, cuba mengelak dengan jawaban berbolak balik.
“Israel For All itu syarikat pelancongan, tak sama dengan PAS For All. PAS parti politik. Itu berbeza dan tidak berkaitan. Itu hujah kebudak-budakkan,” katanya.
Beliau menafikan PAS ciplak slogan dan logo Israel For All.
Malah, katanya beliau tidak tahu pasal isu itu kecuali sejak timbul isu 1Israel dan !Malaysia.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu mendakwa PAS mencipta sendiri logo PAS For All.
Beliau beri alas an tidak ingat bila PAS For All duujudkan.
Senang cakap cara Mahfuz jawab beliau nak elak PAS dikaitkan dengan Israel kerana bimbang dijadikan isu memakan diri pari itu.

Hulu Selangor, BN untuk semua

Baca dahulu dan kemudian timbang-timbangkan

Oleh: dr_sabirin_ehsan"Dua malam lalu saya meninjau kempen pilihanraya kecil Hulu Selangor. Setelah menjengok kempen Pakatan Rakyat, saya menjengok beberapa kempen BN. Rakan-rakan penyelidik dari luar negera turut saya bawa, mereka adalah merupakan pensyarah kanan salah sebuah universiti di United Kingdom. Kami menterjemah intipati ceramah pimpinan UMNO/BN, PERKASA dan bekas pimpinan PKR yang telah melompat.
Rakan2 saya bingong dengan agenda dan bahan kempen. Tidak seperti di UK, dimana kempen menurut mereka dilakukan secara gentleman, level-ground yang sama rata dan bahan-bahan kempen merupakan agenda parti masing-masing. Sedangkan mereka melihat betapa jijiknya kempen di Malaysia yang tidak lebih dari cercaan, maki-hamun, penipuan dan menurut mereka Mr Ibrahim Ali hanyalah seorang pencacai politik yang langsung tidak punya agenda. Saya hanya mendiamkan diri kerana tidak mahu mengambil 'side' supaya rakan-rakan saya itu bebas menyuarakan pandangan tanpa debat dari saya.
Kita berasa amat sedih kerana UMNO/BN menggunakan platform PRK sebagai tempat melempat tohmahan dan fitnah bukan tempah memajukan agenda masadepan bangsa Malaysia. Awal-awal lagi TPM dan pimpinan UMNO bergerak dalam kempen mereka dengan melancar peluru berpandu fitnah dan penipuan. Serangan ini ditujukan kepada Ketua Umum Keadilan, Dato' Zaid (calon) dan seluruh saf kepimpinan PR.
TV dan Radio Malaysia serta akhbar arus perdana lebih menjijikan menjadi alat propaganda untuk menghentam satu pihak (iaini PR) dan mengangkat semua perkara kepada UMNO/BN. Saban malam RTM1, RTM2, TV3 menyiarkan segmen khas PRK Hulu Selangor dengan memperlekehkan agenda PR dan menyebarkan proganda berupa fitnah dan unsur hasutan. Sedangkan pihak PR langsung tiada ruang untuk mengetengahkan agenda mereka melalui saluran tersebut. Rakan saya bertanya, adakah ahli/penyokong PR tidak membayar cukai pendapatan? sehingga kerajaan menidakkan hak mereka terhadap semua saluran yang dibiayai melalui cukai dari semua rakyat? Saya menjawab , akta cukai di Malaysia tidak mengecuali sesiapa, tetapi BN menggunakan semua itu hanya untuk nafsu serakah mereka.
Sealin dari itu, kita lihat janji2 jambatan, sekolah, tadika, kemudahan peneroka FELDA berkemundang lagi. Sepert juga di Manik Urai! Tapi itu semua gendang semasa pilihanraya sedang hakikatnya mampukah BN menunaikan semua itu? Sedangkan banyak program dan projek dalam negara ini hanya diratah rakus oleh kroni dan rakan-taulan BN dan ironinya. Namun begitu kita memanjatkan doa dan munajat supaya Ahad ini berpihak kepada PR dan semua pengundi Hulu Selangor mengundi dengan akal dan otak yang waras! "

Sumber: Tranung kite

Satu tohmahan secara langsung yang hanya mengikut emosi sahaja, takkanlah pemimpin BN begitu tidak berakal. Bukan sedikit orang pandai yang ada dalam BN

Calon Melayu, belum tentu Melayu selamat

Fikir-fikirkanlah tajuk di atas. Bukan sembarangan cakap tetapi seharusnya memikirkan bahawa untuk meneruskan kesinambungan pentadbiran yang baik, parti yang lama mempunyai pengalaman haruslah jadi keutamaan. UMNO yang selama ini menjadi tonggak kejayaan Barisan Nasional dan boleh dipercayai calonnya tentu tidak akan silap memilih Kamal sebagai calon pilihanraya Hulu Selangor.

Restu yang diterima dari semua pucuk pimpinan membolehkan sokongan yang kuat diterima.

Faktor P.KAMALANATHAN dipilih :

Kamalanathan adalah pilihan terbaik kerana beliau adalah anak tempatan.
Beliau lahir di Sungai Choh, Hulu Selangor yang termasuk dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor. Hakikatnya beliau adalah anak jati Hulu Selangor.
Beliau berpengalaman luas dalam bidang perhubungan awam dan sering menjadi ahli panel program-program berbentuk diskusi di RTM/ASTRO Awani.
Calon muda yang berusia 44 tahun.
Berkelulusan dari Edith Cowan University, Australia dalam bidang Komunikasi Massa, Perhubungan Awam.
Mempunyai ramai kenalan dalam komuniti belia yang meliputi pelbagai kaum.
Fasih dalam tiga bahasa iaitu Melayu, Tamil dan Inggeris.
Seorang pengamal Perhubungan Awam yang mudah mesra, merendah diri serta mudah mendekati masyarakat pelbagai kaum serta mempunyai hubungan baik dengan semua pemimpin tempatan termasuk UMNO, MCA serta parti-parti komponen yang lain.

Thursday, April 22, 2010

Impian tinggi melangit

Pakatan Rakyat (PR) nampaknya sudah menyusun strategi. Mungkin sedar saingan di Hulu Selangor kali ini agak sengit dan sukar. Satu demi satu masalah yang melanda Parti Keadilan Rakyat (PKR) kebelakangan ini adalah bukti yang tidak lagi mampu disorokkan. Walaupun cuba dinafikan oleh PKR dan PR dan pelbagai alasan diberikan, rakyat sudah mula menilainya.
Sewaktu melancarkan secara rasmi jentera pilihan raya di Kuala Kubu Bharu, baru-baru ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim cuba menyuntik semula semangat penyokong parti itu – seolah-olah tiada apa yang berlaku. Kata beliau, pilihan raya di Hulu Selangor ini akan menjadi anak tangga untuk menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang. Tinggi sekali impian beliau!
Dengan lebih 3,000 petugas yang ditempatkan di merata ceruk di Hulu Selangor, Khalid melahirkan keyakinan untuk mengekalkan kerusi PR di sini kerana menurut beliau hanya PR sahaja yang mampu membela nasib rakyat di negara ini.
Mungkin Khalid lupa agaknya. Kepimpinan beliau sendiri ditolak oleh PKR Selangor. Bahagian Kuala Selangor yang menjadi kawasan beliau sudah lama berkubur. Kalau orang di tempat sendiri sudah menolak dan tidak lagi percaya dengan kepimpinan beliau dan parti, apa yang boleh beliau janjikan kepada penduduk di Hulu Selangor?
Beliau juga ada menyebut kononnya untuk menyelamatkan rakyat Selangor dari pemimpin yang zalim dan pemimpin yang membenarkan campur tangan luar di dalam urusan pentadbiran negara.

Sumber Malaysia Aktif

Mentadbir Selangor pun huru-hara, bagaimana nak ke Putrajaya. Habis celaru dibuatnya.