Apa sudah jadi dengan kebebasan yang diberi oleh Kerajaan terutama dalam menilai erti sebenar demokrasi ? Apabila terjadinya peristiwa 13 Mei 1969, pemimpin masyarakat ketika itu bertungkus-lumus bekerjasama membangunkan semula Malaysia yang ketika itu 'bagai padang jarak padang tekukur' ( Situasi di Lembah Klang).
Hasil pentadbiran negara yang ketika itu ditadbir oleh MAGERAN, maka lahirlah semangat RUKUNEGARA. Pembinaan bangsa yang baru sahaja merdeka itu terpaksa dimulakan kembali, usaha yang sepatutnya sudah banyak dikecapi ketika itu hanyalah tinggal sisa-sisa yang kalau dapat digunakan pun 'kurang citarasanya.' Tanyalah mana bangsa sekalipun, pasti tidak akan menidakkan keperitan hidup yang terpaksa dilalui ketika itu.
Jadinya, kenapa masih ada pihak yang tidak bertanggungjawab sering ingin mencurah kembali minyak ke dalam api yang bila-bila masa sahaja akan marak. Renung-renungkan dan selamat beramal.
Wednesday, September 10, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment