Monday, September 8, 2008

Pembentukan Kerajaan Baru 16 September 2008 ?

1. Perdana Menteri telah menegaskan bahawa Ahli Parlimen BN tidak mempunyai niat keluar meninggalkan parti kerana mereka telah berikrar tidak akan bersekongkol dengan pihak pembangkang.

2. Hanyalah satu gimik atau pembohongan politik sahaja. Mustahil pula rasanya penduduk bumi seperti 'Bumi kenyalang' serta 'Negeri di bawah bayu' yang sudah tentu Ahli Parlimennya mempunyai kualiti dipercayai rakyat dan setiap perbuatan yang dibuat membabitkan maruah tersendiri. Rakyat telah memberi mandat kepada pemimpin BN yang boleh dipercayai untuk mewakili mereka demi kemakmuran dan keseimbangan pembangunan berterusan ini.

3. PKR juga telah menguar-uarkan bahawa parti komponen BN akan mengumumkan keluar dari BN pada 5 September. Jelas tidak pun menjadi kenyataan. Perkembangan ini cukup membayangkan satu pembohongan.

4. Lawatan Ahli Parlimen BN ke China juga telah dimanipulasi sebagai satu usaha melompat parti.

5. Lim Kit Siang, Penasihat (DAP) sendiri menentang keras kemasukan Ahli Parlimen BN ke dalam Pakatan Rakyat kerana mahukan keuntungan kebendaan, tindakan itu dianggap tidak bermoral dan beretika.

No comments: