Terima kasih kepada pihak yang berautoriti kerana meniup semangat anak muda untuk menggapai impian memenangi emas untuk negara pada Sukan Olimpik Beijing nanti. Bagi setiap atlit tidak ada apa yang diharapkan selain hanya ingin menjadi pemain nombor satu atau pun kemenangan dalam setiap pertandingan yang disertai.
Walaupun pada mulanya hanyalah sekadar impian peribadi dalam setiap sukan mahu pun apa-apa disiplin lain yang disertai, ia tetap menjadi impian negara apabila niatnya itu ingin membuat kebaktian kepada negara tercinta.
Sama juga seperti cerita pembuat kasut dan impian yang dimiliki, pada hal yang biasa pembuat kasut hanyalah mereka kasut untuk dijual dan mendapat keuntungan demi sesuap nasi. Kemudiannnya, pembuat kasut berpindah dari satu lokasi, ke satu lokasi yang lainnya demi inginkan perubahan termasuk dari segi mendapat keuntungan. Oleh kerana lokasi yang strategik, nama pembuat kasut terkenal dan ketinggian mutu buatannya mendapat perhatian dari segenap lapisan masyarakat termasuk juga orang-orang yang 'bernama'. Ketika itu, pembuat kasut bukanlah 'orang biasa' lagi. Media mula memberi hala tuju dan perhatian yang berbeza terhadap si pembuat kasut, sikap dan tingkah lakunya juga harus lebih tersusun kerana tuan empunya badan itu adalah hak milik masyarakat yang menjadikan bahawa inilah individu idola dalam bidang yang diceburi tadi. Ketika itu juga, wang bukanlah segalanya tetapi yang lebih penting si pembuat kasut dapat menyumbang sesuatu untuk negaranya.
Tuesday, June 24, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment