Monday, June 16, 2008

Penyatuan Pemimpin Melayu

Mufti Perlis rayu pemimpin Melayu duduk semeja

KUALA LUMPUR 13 Jun - Empat pemimpin utama Melayu termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, dirayu duduk semeja bagi membincangkan kepentingan umat Islam yang kini semakin meruncing kedudukannya.
Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, sudah tiba masanya mereka memikirkan secara khusus isu tersebut kerana suasana politik semasa membuatkan ramai umat Islam makin keliru dan bimbang.
''Sebab itu saya merayu kepada empat tokoh yang mempunyai kedudukan tersendiri di kalangan orang Melayu supaya dapat memikirkan tentang masa depan umat Islam supaya kita jelas dalam tindakan selanjutnya.
''Ini rayuan saya kerana 'orang lain' makin hari makin menuntut pelbagai perkara yang jika dibiarkan tidak tahu apakah kesudahannya," katanya ketika menghubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Mohd. Asri, harapannya untuk melihat Abdullah, Mahathir, Nik Aziz dan Anwar duduk semeja adalah satu rayuan daripada beliau selaku seorang rakyat dan umat Islam di negara ini.
Kata beliau, perbincangan itu boleh berlaku tetapi dengan syarat semua pemimpin terlibat mesti ikhlas berbincang tanpa mempunyai kepentingan kepartian.
''Harapan saya adalah untuk melihat ia berlaku dengan penuh kematangan dan pemimpin-pemimpin ini perlu mengetepikan sentimen serta jangan mengungkit kisah lalu.
''Niat perbincangan ini adalah atas dasar kepentingan bersama demi umat yang bukan mahu menindas sesiapa tetapi untuk mempertahankan identiti negara," jelasnya.

Sumber : Utusan Malaysia

Jernihkanlah kekeruhan dulu

1 comment:

infogue said...

artikel anda bagus dan menarik bagi pembaca di seluruh nusantara,promosikan artikel anda di www.infogue.com dan jadikan artikel anda yang terbaik dan terpopuler menurut pembaca.salam blogger!!!

http://berita-politik-dunia.infogue.com/
http://berita-politik-dunia.infogue.com/penyatuan_pemimpin_melayu