Tuesday, April 22, 2008

Earth Day

Firman Allah dalam Surah Ali 'Imran : 190-191 yang bermaksud 'Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal'.

{iaitu} orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi {seraya berkata}."Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami daripada siksa neraka'.



Justeru itu, sempena Hari untuk tempat tinggal kita ini saya menyeru dan mengajak seluruh penduduk terutamanya warganegara Malaysia untuk terus menguruskan alam ini dengan lebih bersih lagi. Walaupun apa yang telah menjadi bahan buangan itu tidak dapat dikitar semula, ada perkara tertentu yang masih boleh dikitar serta diperbaiki terutamanya 'azam' dan terus berazam untuk memperbaiki sikap kita dalam menguruskan alam sekitar.

Sekiranya penduduk di negara barat begitu sibuk bercakap mengenai perkara ini, malah bermacam-macam persatuan dan badan bukan kerajaan {GLC} yang ditubuhkan turut mengambil peranan. Apalah sangat peranan yang boleh dimainkan di Malaysia ini sekiranya kita telah mula bercakap mengenai medan angkasa. Tentunya ia sesuatu yang ringan sahaja tetapi perlu diambil serius apa-apa perkara yang perlu dilaksanakan.

Jadilah insan yang bermanfaat kepada alam.

1 comment:

Letting the time pass me by said...

Bukan setakat bersih kepada Alam sahaja, tetapi bersih kepada Manusia juga dan bersih kepada negara...

Kat Malaysia nie, kesedaran mengenai kesan Alam Sekitar amat kurang... Semua orang terpaksa berfikir pasal periuk nasi dulu.. Macamana nak pikir pasal hal bumi. kalau perut pun masih tak boleh isi?