Wednesday, February 25, 2009

Pengurusan Sumber Manusia Yang Efisien

Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB Datuk Noraini Ahmad menyatakan bahawa Kementerian beliau telah mengambil beberapa langkah bagi meminimumkan tahap pengangguran dan juga memastikan nasib pekerja tempatan di negara ini terpelihara dalam suasana krisis ekonomi pada masa ini.Antara langkah yang dibuat ialah membekukan pengambilan pekerja asing bagi sektor pembuatan, terutama dalam industri elektrik dan elektronik, tekstil, pakaian dan perkhidmatan.

Menurut YB lagi, langkah lain yang diambil juga ialah menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan Pemberhentian Kerja pada peringkat kebangsaan dan negeri serta mewujudkan 80 Bilik Operasi Pemberhentian Kerja di seluruh negara. Bilik operasi ini akan berperanan memantau laporan pemberhentian pekerja dan membantu pekerja yang diberhentikan untuk mendapat pekerjaan baru.

Ia juga bertanggungjawab untuk memantau secara proaktif akan kekosongan jawatan dalam sektor awam dan swasta dan seterusnya menguruskan penempatan pekerja dengan kerjasama pihak majikan. Tambah beliau lagi, kementerian juga telah melaksanakan program latihan semula dan penempatan ke jawatan baru bagi pekerja yang diberhentikan dengan peruntukan kerajaan sebanyak RM100 juta. Langkah-langkah yang dilaksanakan jelas menunjukkan betapa prihatinnya Kerajaan yang ada pada ketika ini.

No comments: