Wednesday, February 25, 2009

Ahli Parlimen DAP Gesa Kerajaan

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, YB Chong Eng menggesa Kerajaan menggunakan pelbagai bahasa termasuk Mandarin dalam urusan pentadbiran agensi kerajaan. Ini adalah satu perkara yang jelas akan menghancurkan kedaulatan bahasa Malaysia.Beliau berkata lagi bahawa ini adalah sejajar dengan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara majmuk yang mempunyai pelbagai bangsa dan sebab itu pelbagai bahasa harus dibenarkan.

YB Chong Eng yang juga Pengerusi Wanita DAP Kebangsaan juga mencadangkan kepada Kerajaan supaya subjek Bahasa Mandarin diajar di sekolah kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil memandangkan kepentingan bahasa tersebut sekarang. Kita bukan hendak menolak pentingnya bahasa yang tersebut, tetapi itu harus dilihat sebagai bahasa ilmu sahaja dan sama sekali tidak mengatasi apa yang sudah disuratkan. Inilah perkara penting yang perlu diterapkan.

YB Chong Eng juga seolah-olah menyalahkan sistem pendidikan negara kerana ketidakfasihan beliau dalam kemahiran berbahasa Malaysia. Pandangan YB Datuk Baharom Mohamed (BN-Sekijang) yang mencelah, membangkitkan tentang kesukaran untuk memahami apa yang diungkapkan YB Chong Eng itu adalah bukti betapa sukarnya jiwa seorang warganegara Malaysia hendak menerima apa yang sepatut telah diterima pakai sejak lahir lagi. Harus diingat, apabila lahir di Malaysia, wajiblah tahu berbahasa Malaysia dengan fasih.

Alasan ketika di sekolah rendah guna bahasa pengantar dalam Mandarin, kemudian di sekolah menengah pula guna bahasa Inggeris dan apabila di universiti guna bahasa Malaysia tentulah tidak boleh dipakai.

No comments: