Wednesday, January 14, 2009

Mahu AS menjadi “broker yang adil"

Amerika Syarikat (AS) diminta menjadi broker yang adil dalam menangani konflik pencerobohan Israel di Palestin yang bermula pada 27 Dis lepas. Duta Palestin ke Malaysia Abdelaziz Aboughosh berkata beliau berharap bakal Presiden AS Barack Obama membuat pembaharuan dalam dasar negara itu berhubung perkara tersebut.

“Kami tidak mahu mereka menjadi sekutu kami tetapi apa yang sebenarnya kami mahukan ialah agar AS menjadi broker yang adil,” katanya pada sidang akhbar selepas menerima cek RM50,000 sumbangan Majlis Jaksa Pendamai Selangor di Kedutaan Palestin di sini hari ini.

Semalam, akhbar melaporkan bahawa Israel terus mendapat sokongan daripada sekutu kuatnya itu apabila Presiden George W. Bush menyatakan bahawa gencatan senjata hanya akan dilakukan apabila Hamas menamatkan serangan roket ke atas negara Yahudi tersebut.

Abdelaziz berkata angka kematian meningkat kepada 978 orang manakala 4,500 lagi cedera dalam serangan rejim zionis yang kini masuk hari ke-18. - Bernama

Sumber : Utusan

No comments: