Thursday, July 10, 2008

Semua teka teki terjawab…Jun 2010

Setelah sekian lama menjadi bahan spekulasi dan teka teki Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah petang Khamis mengumumkan keputusan akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO kepada Datuk Seri Mohd Njaib Tun Razak pada pertengahan 2010.

Katanya, beliau telah maklumkan perkara itu pada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dan lepas itu pada pertemuan dengan Exco Pemuda, Wanita, Puteri dan Ketua UMNO Bahagian seluruh negara di Dewan Merdeka Pusat dagangan Dunia Putra,Kuala Lumpur .

Beliau sifatkan Najib adalah pengganti yang baik dan mampu memimpin UMNO. Sementara itu Najib pula dalam sidang media yang sama menghargai kepercayaan Perdana Menteri kepadanya. Tambahnya, keputusan peralihan kuasa itu adalah bukti peralihan kuasa boleh dibuat dengan cara yang baik.

Najib juga turut memaklumkan beliau telah meminta seluruh pimpinan UMNO untuk beri sokongan penuh dan mencalonkan Abdullah bagi jawatan Presiden pada pemilihan parti akan datang.

Manakala beliau pula menawarkan dirinya bertanding Timbalan Presiden.

Katanya, beliau menyuarakan harapan itu pada pertemuan dengan semua Ketua UMNO Bahagian petang ini.

Ketika ditanya sama ada sebarang keputusan dibuat bahawa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti tidak dipertandingkan pada pemilihan parti nanti, Abdullah berkata tidak ada sebarang keputusan dibuat berhubung perkara itu dan berharap Najib akan terus menjadi timbalannya sehingga beliau menyerahkan kuasa nanti.



"Saya dapati hubungan itu adalah baik. Niat dan tujuan saya ialah untuk mengukuhkan parti dan meneruskan program-program yang banyak dirancang termasuk janji-janji pilihan raya.

"Maka saya rasa senang hati jika sekiranya timbalan saya Najib sampai tarikh (itu) nanti, (apabila) saya menyerahkan jawatan saya. Inilah penghargaan saya kepadanya dan saya memilih beliau menjadi pengganti saya kerana saya yakin dan percaya beliau dapat memimpin parti dengan baik," katanya.

Dalam tempoh peralihan itu, Abdullah berkata mereka berdua akan berusaha meningkatkan kekuatan parti dan mengembalikan semula parti kepada kedudukan yang mendapat sokongan kuat daripada rakyat dengan bilangan yang lebih ramai daripada dahulu iaitu sewaktu parti menghadapi pilihan raya dan melaksanakan program-program yang lain.

Sumber : Agenda Daily

Satu Perubahan yang amat berhemah !

No comments: