LONDON 3 Julai - Harga minyak global dijangka melonjak kepada paras AS$150 (RM489) setong esok - sempena sambutan Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat (AS).
Bulan lalu, bank pelaburan Morgan Stanley meramalkan harga minyak akan mencecah AS$150 setong pada 4 Julai.
Jangkaan tinggi itu berikutan kombinasi kelemahan dolar AS dan kemerosotan stok minyak di negara itu serta kebimbangan pergolakan antara Israel dan Iran yang dijangka mengukuhkan unjuran kenaikan harga bahan api itu.
Menteri Minyak Arab Saudi, Ali Al-Naimi ketika ditanya mengenai spekulasi kenaikan harga minyak itu berkata: ‘‘Sekiranya saya tahu (akan kenaikan minyak), sudah tentu saya bergembira di Las Vegas’’.
Beliau berkata, sebenarnya kenaikan harga minyak dunia berlaku akibat aliran tunai yang banyak ke atas komoditi itu selain kelemahan dolar AS, kebimbangan geopolitik dunia dan kekurangan minyak fosil dan bencana alam.
“Sekarang apabila kita merangkumi semua faktor ini dan cuba menilai harga minyak yang sepatutnya, ia adalah sukar kepada semua orang,’’ katanya.
Sebelum ini, Presiden OPEC, Chakib Khelil meramalkan harga minyak akan mencecah antara AS$150 hingga AS$170 (RM554.2) setong tetapi menurun menjelang akhir tahun ini.
Sementara itu, Menteri Minyak Iran, Gholamhossein Nozari pula menegaskan kelemahan dolar AS adalah punca utama kenaikan harga minyak.
“Kalau trend (kejatuhan dolar) berterusan, ia seolah-olah tiada pilihan kecuali melihat kenaikan harga minyak berterusan.
“Keadaan (kejatuhan dolar) telah menimbulkan rasa panik terutama bagi negara-negara yang memerlukan minyak mentah pada masa depan,’’ katanya.
Sumber : Utusan
Apa agaknya persedian Kerajaan dan bagaimana rakyat dapat menyesuaikan diri dengan keadaan ekonomi pada masa ini ? Idea semua pihak perlulah diambil kira dan mungkin satu keputusan yang dibuat nanti dari semasa ke semasa tetap tidak mengabaikan masyarakat bawahan serta golongan sederhana. Marilah susun semula ekonomi dan kewangan keluarga.
Thursday, July 3, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment