Kedaulatan Melayu Sebagai Paksi Kewujudan Bangsa Perjuangan yang sebenarnya di Malaysia bukan setakat mewujudkan satu resolusi yang dipersetujui bersama kerana telah begitu banyak ' kertas persetujuan bersama' dilakarkan, namun perkara yang sebenarnya mahukan yang lebih dari itu. UMNO memang tidak sedikit sumbangannya dalam aspek tertentu termasuk apabila dikaitkan dengan permulaan perjuangan bangsa ketika menuntut kemerdekaan.
Apa yang ingin disenarai putih kembali selepas PRU- 12 ialah berkaitan dengan perjuangan semasa dan terus memperkasakan Kerajaan yang diberi mandat pada hari ini.Perpaduan Melayu memang agak sedikit diuji oleh pihak tertentu yang inginkan lebih kuasa, namun demikian tidak ada apa yang perlu digusarkan sekiranya mereka sedar akan kuasa mutlak yang diperuntukkan dan juga jika mereka tidak ingin jadi ' pelarian di bumi sendiri'.
Jangan kerana perbezaan pendapat, rakyat marhaen pula menjadi mangsa.Kerajaan hari ini telah agak terbuka dalam sebarang isu yang timbul, jadi semua rakyat harus belajar menjadi seorang yang peka terhadap persekitaran. Sebarang berita yang sampai boleh jadi betul, atau boleh jadi palsu. Jadinya, jangan lekas melatah dan buatlah pertimbangan mengikut Al-Quran dan As-Sunnah. Marilah kita menjadi bangsa yang berdaulat serta mempunyai maruah yang tinggi.
Sunday, May 4, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
orang melayu masa kini terlalu hanyut dengan arus kemodenan. oleh itu, mesej yang hendak disampaikan hendaklah diolah dengan lebih jelas supaya dapat memberi kesedaran pada bangsa melayu terutamanya orang islam.
Post a Comment