Perdana Menteri telah meminta diplomat-diplomat Malaysia melengkapkan diri masing-masing sebagai bekal semasa menjalankan tugas-tugas kerajaan di negara-negara masing-masing. Beliau mengingatkan mereka supaya proaktif disamping mempunyai pengetahuan yang cukup untuk berdepan dengan apa jua kumpulan sasar yang berkepentingan. Seruan ini telah juga disahut oleh Timbalan Perdana Menteri yang turut menasihati diplomat-diplomat untuk mempromosikan dagangan antara Malaysia dengan dunia luar untuk menarik banyak lagi pelaburan asing dibumi Malaysia.
Di dalam Persidangan ke 7 Duta-duta Malaysia, di Putrajaya, pegawai-pegawai telah melahirkan kesanggupan tinggi untuk menepati keperluan negara seperti yang dihasratkan oleh PM dan TPM. Walaupun terdengar suara-suara yang melahirkan rasa tidak puas hati terhadap prestasi diplomat-diplomat muda di Wisma Putra, ini bukanlah satu perkara baru. Kini negara menghadapi keadaan politik dunia yang tidak sama seperti yang dihadapi oleh diplomat-diplomat veteran di era 50an, 60an, 70an dan 80an. Ketika itu dunia merentasi perang dingin, kolonialisme, apartheid, perang saudara, pencemaran persekitaran, peningkatan senjata nuklear, rebutan wilayah, Palestin, rasisme DLL. Ini merupakan isu-isu yang jelas serta dapat diatasi dengan menggunakan secara biliteral, multiliteral dan juga organisasi-organisasi antarabangsa seperti PBB. Dalam era abad ke 21 telah berlaku perubahan politik antarabangsa terutamanya selepas insiden 911 di New York.
Diplomat di era baru ini memerlukan pengetahuan yang lebih banyak untuk berkesan dilapangan. Niat murni Menteri Luar, Datuk Anifah Aman untuk mempertingkatkan prestasi diplomat-diplomat muda dan Wisma Putra adalah sesuatu yang sangat positif. Beliau akan menggunakan pandangan-pandangan diplomat-diplomat veteran malaysia untuk tujuan ini.
Pemerhati berpendapat bahawa diplomat-diplomat veteran perlu berdepan dengan Wisma Putra apabila hendak membawa pembaharuan. Elok dielak menggunakan akhbar-akhbar untuk tujuan ini kerana ia boleh ditafsir sebagai tidak bertanggungjawab serta ke arah mencari publisiti murah. Diplomat yang baik akan tidak bersetuju untuk menggunakan akhbar sebagai saluran melahirkan kekecewaan kerana pendekatan sempit ini tidak termasuk dalam latihan di mana-mana institusi diplomasi baik di france atau United Kingdom.
Sumber : wiramalaysia.blogspot.com
Pendekatan yang diambil oleh Perdana Menteri menasihatkan mereka yang menjadi wakil negara ini perlu dipuji. Tentulah kita mahu setanding dengan diplomat dari negara luar.
Monday, June 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment