Tuesday, July 29, 2008

Tony Blair !

Former British Prime Minister, Tony Blair will speak on the rule of law and good governance. Blair will be following in the footsteps of his wife, Cherie, who spoke on The Role of the Judge in a Human Rights World at the same lecture series in 2005. Blair was Prime Minister from May 1997 until June last year, when he stepped down to make way for Gordon Brown.

Blair was elected Leader of the Labour Party in July 1994 following the sudden death of his predecessor John Smith. Under his leadership, Labour won a landslide victory in the 1997 general election, ending 18 years of rule by the Conservative Party.

Sumber : The Star

Banyak yang dapat kita belajar daripada sejarah pentadbiran Tony Blair terutama berkaitan dasar luar negara.

Tuesday, July 22, 2008

Singapura tuntut perairan wilayah, EEZ sekitar Batu Putih

Singapura akan menuntut kawasan perairan wilayah dan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) di sekitar Batu Putih, yang pada Mei lalu diputuskan diberikan kepada republik itu oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi menyelesaikan satu pertikaian hak milik dengan Malaysia.

Menteri kanan republik itu, Balaji Sadasivan berkata, Singapura mempunyai kawasan perairan wilayah sehingga maksimum 12 batu nautika dan EEZ yang konsisten dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS) pada 10 Disember 1982, di mana Singapura adalah salah satu pihak yang menandatangani konvensyen berkenaan.

Penyelarasan perairan wilayah Singapura dan EEZ akan diumumkan apabila tiba masanya, kata Balaji ketika menjawab soalan di Parlimen semalam.

Transkrip soalan dan jawapan itu dikeluarkan kepada media oleh Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura.

Balaji berkata, jika had perairan wilayah atau EEZ bertindih dengan tuntutan negara-negara jiran, Singapura akan berunding dengan negara-negara itu untuk mencapai persetujuan bagi menetapkan had atau batasan mengikut undang-undang antarabangsa.

ICJ memutuskan bahawa Singapura mempunyai hak kedaulatan terhadap Batu Putih dan Malaysia bagi Batuan Tengah, manakala Tubir Selatan menjadi milik negara di perairan mana terumbu itu terletak.

Malaysia telah menegaskan bahawa ia akan terus mencari bukti mengenai kes Batu Putih dengan pandangan untuk mendapatkan satu semakan penghakiman ICJ terhadap keputusan yang menyerahkan batuan itu kepada Singapura.

Merujuk kepada isu ini, Balaji berkata, di bawah statut ICJ, sesebuah pihak boleh memohon untuk satu kajian penghakiman ICJ jika “ia berdasarkan penemuan sesetengah fakta seperti ini menjadi satu faktor muktamad, yang pada hakikatnya semasa penghakiman diberikan tidak diketahui oleh Mahkamah itu dan juga kepada pihak yang menuntut semakan, sentiasa menyediakan bahawa kejahilan seperti itu bukan disebabkan kecuaian.”

Balaji berkata, dengan penyelesaian pertikaian itu melalui penghakiman pihak ketiga, kedua-dua negara telah menunjukkan hormat mereka terhadap undang-undang antarabangsa dan komitmen untuk menyelesaikan pertikaian itu dalam cara aman.

Kes itu memberikan contoh mengenai penggunaan mekanisme penyelesaian pertikaian pihak ketiga dan boleh menjadi satu contoh untuk menyelesaikan pertikaian dua hala lain, tambah beliau.

Sumber : Utusan

Ini sudah melampau !

Sunday, July 20, 2008

Muzakarah dilihat dari sudut yang optimis

Walaupun sudah berjalan sebanyak tiga kali Muzakarah UMNO dan PAS, ia tetap tidak cukup sebenarnya. Apa yang sebenarnya hanyalah permulaan ke arah satu perkembangan baru di dalam politik negara. Justeru itu, wajarlah segala pihak yang ada di bumi Malaysia ini menyokongnya. Bangsa Melayu terutamanya sebagai 'bangsa utama', (sedarlah diri dan tahu meletakkan daulat dan pekerti bangsa ini di puncak jaya) sewajarnya menyokong, menyokong dan terus menyokong. Janganlah bila tak puas hati, asyik nak berdemonstrasi dan mengkritik sahaja. Tegakkanlah kebenaran mengikut saluran yang betul. Tegakkan ketuanan Melayu dan perkembangkan lagi ekonomi umat ini.

Zaman ini telah memberi kebenaran kepada rakyat untuk berani berkata benar. Terima kasih pemimpin unggul negara.

Friday, July 18, 2008

Debat - Apa agaknya yang dapat ?

Ketika semua pihak merasa teruja menonton debat di antara dua tokoh terkemuka yang tidak perlu dipersoalkan lagi kewibawaan mereka, timbul juga persoalan tentang maklumat siapa yang benar. Penonton yang memerhati memanglah 'seronok' melihat seolah-olah bagai ada 'pesta',tambahan pula orang Melayu. Jadi, di mana faedahnya ? Cubalah fikir dan renung-renungkan kembali.

Orang lain yang seronok dengan pertikaian pendapat dan mungkin juga sengaja 'menangguk di air keruh' sentiasa inginkan negara berada dalam keadaan ketidak tentuan terutama senario politik semasa. Jadi, jangan sampai 'menang jadi arang dan kalah jadi abu.'

Thursday, July 10, 2008

Semua teka teki terjawab…Jun 2010

Setelah sekian lama menjadi bahan spekulasi dan teka teki Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah petang Khamis mengumumkan keputusan akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO kepada Datuk Seri Mohd Njaib Tun Razak pada pertengahan 2010.

Katanya, beliau telah maklumkan perkara itu pada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dan lepas itu pada pertemuan dengan Exco Pemuda, Wanita, Puteri dan Ketua UMNO Bahagian seluruh negara di Dewan Merdeka Pusat dagangan Dunia Putra,Kuala Lumpur .

Beliau sifatkan Najib adalah pengganti yang baik dan mampu memimpin UMNO. Sementara itu Najib pula dalam sidang media yang sama menghargai kepercayaan Perdana Menteri kepadanya. Tambahnya, keputusan peralihan kuasa itu adalah bukti peralihan kuasa boleh dibuat dengan cara yang baik.

Najib juga turut memaklumkan beliau telah meminta seluruh pimpinan UMNO untuk beri sokongan penuh dan mencalonkan Abdullah bagi jawatan Presiden pada pemilihan parti akan datang.

Manakala beliau pula menawarkan dirinya bertanding Timbalan Presiden.

Katanya, beliau menyuarakan harapan itu pada pertemuan dengan semua Ketua UMNO Bahagian petang ini.

Ketika ditanya sama ada sebarang keputusan dibuat bahawa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti tidak dipertandingkan pada pemilihan parti nanti, Abdullah berkata tidak ada sebarang keputusan dibuat berhubung perkara itu dan berharap Najib akan terus menjadi timbalannya sehingga beliau menyerahkan kuasa nanti.



"Saya dapati hubungan itu adalah baik. Niat dan tujuan saya ialah untuk mengukuhkan parti dan meneruskan program-program yang banyak dirancang termasuk janji-janji pilihan raya.

"Maka saya rasa senang hati jika sekiranya timbalan saya Najib sampai tarikh (itu) nanti, (apabila) saya menyerahkan jawatan saya. Inilah penghargaan saya kepadanya dan saya memilih beliau menjadi pengganti saya kerana saya yakin dan percaya beliau dapat memimpin parti dengan baik," katanya.

Dalam tempoh peralihan itu, Abdullah berkata mereka berdua akan berusaha meningkatkan kekuatan parti dan mengembalikan semula parti kepada kedudukan yang mendapat sokongan kuat daripada rakyat dengan bilangan yang lebih ramai daripada dahulu iaitu sewaktu parti menghadapi pilihan raya dan melaksanakan program-program yang lain.

Sumber : Agenda Daily

Satu Perubahan yang amat berhemah !

Wednesday, July 9, 2008

Kerajaan bersedia kaji kembali kuota biasiswa JPA

Apa lagi hak keistimewaan orang Melayu yang terpaksa dipertaruhkan. Kerajaan bukan tidak adil, tetapi keadilan itu perlu diberi kepada yang hak. Orang Melayu yang selama ini patuh kepada kontrak sosial memang tidak mengetepikan kepentingan masyarakat lain. Tetapi, lain pula kepada mereka yang begitu 'racist' ini. Semuanya nak sama tetapi bila orang Melayu bersuara untuk menyuarakan ketidak adilan terutama peminggiran pengisian jawatan-jawatan kanan yang penting di sektor swasta, tiada pula yang nak meletakkan keadilan itu kepada masyarakat Melayu. Biasiswa yang begitu banyak ditawarkan kepada masyarakat bukan Melayu juga perlulah adil. Jadi, fikir-fikirkanlah !

Tuesday, July 8, 2008

Malacca, Penang cheer listing on world heritage site

UNESCO telah mengiktiraf Melaka dan Georgetown sebagai Bandaraya Warisan Dunia. Satu penghormatan dan pengiktirafan badan dunia terhadap usaha berterusan ini. Khususnya, Kerajaan Negeri Melaka yang mengekal serta memelihara bangunan serta tapak warisan sejarah sejak 500 tahun lampau. Pengiktirafan ini sudah tentu amat mengembirakan semua pihak kerana ia akan meletakkan nama Malaysia dalam senarai peta dunia sebagai Bandaraya Warisan Dunia. Hidup Malaysia !

Monday, July 7, 2008

Jepun pun percayakan cara Islam

Bank Jepun dipelawa adakan kerjasama kewangan Islam

OSAKA 7 Julai - Bank-bank Jepun dipelawa untuk bekerjasama dengan bank-bank Malaysia dalam bidang perkhidmatan kewangan Islam, khususnya bagi memasuki pasaran ASEAN dan Timur Tengah.

Ketika menyatakan demikian, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kewangan Islam telah berevolusi menjadi sebahagian penting sistem kewangan antarabangsa.

Kewangan Islam kini ditawarkan di lebih 75 negara, dengan jumlah asetnya lebih AS$1 trilion (RM3.26 trilion).

"Dijangkakan menjelang tahun 2010, perbankan Islam bakal menjadi lebih 20 peratus daripada industri perbankan global," katanya kepada kira-kira 500 ahli perniagaan Jepun pada seminar bertajuk Peluang Perniagaan di Malaysia yang diadakan di sini hari ini.

Muhyiddin mengetuai misi perdagangan dan pelaburan ke Jepun selama enam hari mulai 5 Julai.

Turut hadir pada seminar itu ialah Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Datuk Jalilah Baba, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Datuk Noharuddin Nordin, dan Duta Malaysia ke Jepun, Datuk Mohd Radzi Abdul Rahman.

"Saya difahamkan Jepun berminat terhadap pembiayaan cara Islam, satu bidang yang Malaysia ada pengalaman dan kepakaran meluas," kata Muhyiddin.

Beliau berkata, permintaan bagi produk kewangan Islam semakin meningkat di Asia Barat dan Malaysia serta dalam ekonomi-ekonomi bukan Islam di Barat.

Katanya, Malaysia amat berhasrat memanfaatkan trend pertumbuhan ini dan menempatkan dirinya pada kedudukan sebagai hab antarabangsa bagi perbankan Islam.

"Tumpuan khusus dalam bidang ini ialah pasaran bon Islam, juga dikenali sebagai sukuk. Pasaran ini menjadi saluran penting bagi kegiatan mengumpul dana dan pelaburan dan berpotesi besar dalam pasaran global," tegasnya.

Turut menyertai misi ini ialah wakil 16 syarikat dari Malaysia, bersama pegawai-pegawai dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Matrade dan MIDA yang memudah cara pertemuan perniagaan dan sesi soal jawab menyeluruh dengan menteri.

Osaka, persinggahan pertama misi ini, adalah satu daripada sembilan daerah pentadbiran dalam wilayah Kansai. Ia adalah penyumbang terbesar kepada pengeluaran dalam negara kasar (KDNK) wilayah ini dengan sumbangan sebanyak 41.2 peratus atau AS$373 bilion (RM1.22 bilion).

Wilayah Kansai mempunyai KDNK tergabung sebanyak AS$904 bilion, menjadikannya yang ke-10 terbesar di dunia jika ia dianggap sebagai sebuah negara berasingan, selepas Amerika Syarikat, Jepun, Jerman dan United Kingdom.

Jepun adalah rakan perdagangan ketiga terpenting bagi Malaysia dan menyumbang 10.9 peratus daripada keseluruhan perdagangan global Malaysia yang berjumlah AS$322.7 bilion (RM1.05 bilion) tahun lepas.

Muhyiddin akan berlepas ke destinasi pelaburan terakhir iaitu Yokohama pada 8 Julai.

- Bernama

Sumber : Utusan

Thursday, July 3, 2008

Harga minyak dijangka mencecah AS$150 dolar

LONDON 3 Julai - Harga minyak global dijangka melonjak kepada paras AS$150 (RM489) setong esok - sempena sambutan Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat (AS).

Bulan lalu, bank pelaburan Morgan Stanley meramalkan harga minyak akan mencecah AS$150 setong pada 4 Julai.

Jangkaan tinggi itu berikutan kombinasi kelemahan dolar AS dan kemerosotan stok minyak di negara itu serta kebimbangan pergolakan antara Israel dan Iran yang dijangka mengukuhkan unjuran kenaikan harga bahan api itu.

Menteri Minyak Arab Saudi, Ali Al-Naimi ketika ditanya mengenai spekulasi kenaikan harga minyak itu berkata: ‘‘Sekiranya saya tahu (akan kenaikan minyak), sudah tentu saya bergembira di Las Vegas’’.

Beliau berkata, sebenarnya kenaikan harga minyak dunia berlaku akibat aliran tunai yang banyak ke atas komoditi itu selain kelemahan dolar AS, kebimbangan geopolitik dunia dan kekurangan minyak fosil dan bencana alam.

“Sekarang apabila kita merangkumi semua faktor ini dan cuba menilai harga minyak yang sepatutnya, ia adalah sukar kepada semua orang,’’ katanya.

Sebelum ini, Presiden OPEC, Chakib Khelil meramalkan harga minyak akan mencecah antara AS$150 hingga AS$170 (RM554.2) setong tetapi menurun menjelang akhir tahun ini.

Sementara itu, Menteri Minyak Iran, Gholamhossein Nozari pula menegaskan kelemahan dolar AS adalah punca utama kenaikan harga minyak.

“Kalau trend (kejatuhan dolar) berterusan, ia seolah-olah tiada pilihan kecuali melihat kenaikan harga minyak berterusan.

“Keadaan (kejatuhan dolar) telah menimbulkan rasa panik terutama bagi negara-negara yang memerlukan minyak mentah pada masa depan,’’ katanya.

Sumber : Utusan

Apa agaknya persedian Kerajaan dan bagaimana rakyat dapat menyesuaikan diri dengan keadaan ekonomi pada masa ini ? Idea semua pihak perlulah diambil kira dan mungkin satu keputusan yang dibuat nanti dari semasa ke semasa tetap tidak mengabaikan masyarakat bawahan serta golongan sederhana. Marilah susun semula ekonomi dan kewangan keluarga.

Wednesday, July 2, 2008

Jangan tidur lagi sebelum waktunya !

Apabila seorang wartawan merangkap aktivis alam sekitar memberikan pendapatnya, ia wajarlah perlu diberi perhatian serius. Sebabnya tentulah mereka ini adalah orang-orang yang menulis, memerhati dengan cekap serta mendedahkan segala kepincangan yang timbul. Jadinya, mereka yang jujur tentang kempen pemeliharaan alam sekitar sudah tentu merasa keikhlasan itu perlu diterjemah dalam bentuk dan cara apa sekalipun.

Rasa terpanggil untuk menyuarakan masalah ini tidak akan selesai selagi 'Wartawan' yang jujur asyik mendedahkan kepincangan dalam pengurusan alam sekitar tetapi tanpa ada tindakan yang berkesan. Oleh itu, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan jabatan yang berkaitan dengan pemeliharaan alam sekitar perlulah bekerjasama dengan lebih erat dalam membanteras tingkah laku penyangak ini. Orang yang dilantik untuk turut sama membuat keputusan (Ahli Majlis) perlulah datang dari mereka yang faham tentang bagaimana untuk membuat keluarga dan anak-anak, serta cucu-cucu mereka dapat nyenyak tidur serta bernafas dengan selesa. Terima kasih TV3.

Tuesday, July 1, 2008

Provokasi terhadap kontrak sosial !

Ada masalah terhadap ketidakpuasan hati orang-orang tertentu terhadap bangsa Melayu. Jangan jadi 'Melayu Mudah Lupa'. Mari teruskan perjuangan !